Friday, May 19, 2017

Ali dan seketul gula gula

Puan, saya selalu rasa nak muntah minum methadone ni. Kenapa ya?

'Ah, dia ni dos tinggi sangat 105mg macam mana tak rasa nak termuntah' - getus hati kecil aku

Oh memang la, awak makan apa apa tak sebelum datang minum methadone ni?

Tak Puan...

Sebelum awak datang minum, pastikan awak makan la apa apa dulu. Atau pun awak minum susu, sebab kesan methadone ini memang akan buat perut awak loya sikit.

Sejak haritu, setiap hari dia datang bersama seketul gula-gula, sengaja dia buka kertas bungkusan gula gula depan meja aku untuk diambil selepas meminum dosnya secara perlahan lahan.



Thursday, April 7, 2016

I used to love methadone dispensing slot

Methadone

Kalau siapa tak tahu methadone tu apa, xpa.. hampa tak keseorangan. Dulu aku pun macam tu. sekarang boleh pi google dulu

Dulu masa aku kata HPP, aku suka methadone slot. Sebab keje aku hanya bagi ubat methadone tu dan check dose dengan betoi dan boleh test power suara kuat tera mana nak panggil nama patient.

Tapi sekarang bile dah jadi pegawai. Allahu rabbi. Baru tahu perasaan Encik Faiz dengan Mr Jason.

Ditambah dekat sini dose pesakit punya la tinggi.

Dulu paling tinggi hanya la 90mg. Sini 100+mg.
Dulu dispen pakai machine. Sekarang dispense pakai syringe
Dan methadone 5mg/ml.

Jadi hang kira la barapa bnyak nak kena syringe out untuk patient guna 20ml syringe. Lepas tu untuk patient bawak balik. Selalunya patient boleh bawak balik untuk 2-3 hari. Mahu sakit tangan aku.

Tapi benda tu semua aku boleh hadapi.

Cuma cuma cuma...attitude patient sini. Kenal sama sendiri kot. Ditambah aku seorang perempuan Diorang macam tak kisah sangat. Nak mai pukul berapa pun tak apa. Nak cakap apa pun tak apa.

Aku rasa aku kena umpan depa cari Nabi ajar ni. Berdakwah dengan cara lembut.

Kalau nak marah marah nak garang garang aku rasa sebelum aku diorg ni semua dah jumpa beribu orang yang garang dengan depa. POLIS, MAFIA, ALONG semua lah..

Tapi aku berterima kasih lah untuk patient aku yang baik baik ni, seperti

Yang offer nak baiki kasut
Yang bagi buahan free
Yang cakap terima kasih
Yang cakap Assalamualaikum
Yang sebelum minum baca bismilllah
Yang setia menanti aku bukak pintu grill

:'(


Thursday, March 31, 2016

finishing prp?

26.1.2016

Tarikh lapor diri sebagai FRP (Fully Registered Pharmacist). Alhamdulillah...sekarang dah dua bulan menjadi FRP..dan masih lagi belajar hari hari...

time setahun menjadi prp, memang sakit memang perit..tapi time tu aku macam tak layan sangat perasan tu...tiap kali syaitan bisik kat telinga aku...

apa la ko buat ni
macam kena buli

cepat cepat aku cakap kat diri aku..semua ini untuk belajar..aku tak tahu apa apa...aku campak ego aku nun jaun kat butiran bintang yang paling kelam

air mata? setitis pon tak menitik
setitis pun tak menitik bila kena tegur

you rasa audience boleh belajar something ka dengan presentation you ni?

you berapa lama dah prp?

ini pun you tak tahu ke?

izzah kenapa teruk sangat ni, awak kena balik banyak baca lagi ni

bila kena repeat law test

and the list go on....

tapi air mataku bercucuran jugak lepas aku dapat surat posting menjadi FRP

bercucuran sebab....sebab bangga dengan diri sendiri dapat redah semua benda susah tu

jadi kawan kawan yang masih kat sana...kalo baca la...aku tau hampa x baca pon..haha...bertahan lah....insyaAllah kita mampu habiskan PRP..

AMIN

Thursday, March 3, 2016

Ustazah Jailah

Dulu dulu, waktu zaman sekolah menengah
Aku sorang yang rebel
tapi disebabkan muka aku yang macam baik ditambah aku pandai untuk rebel
Aku tak pernah dicop sebagai rebel

Dulu duduk asrama

aku tukar susun atur katil without permission ketua dorm
aku pegi lambat
aku tak pergi prep
aku solat dalam dorm
aku bawak handset
aku bawak walkman
aku sinting lengan baju
aku tidur time prep

tapi kata kata seorang ustazah ni membuat aku terdiam, terpana dan menukar dari seorang yang rebel kepada seorang yang just follow with the flow

'Buat apa kamu kamu semua ini nak menentang sangat apa peraturan yang ada, kan susah. Ikut sahajalah. Orang yang mengikut arus, kerjanya senang'

Pernyataan tu memang buat aku tersentak
Kenapa aku perlu bersusah payah nak rebel sangat
Maka aku jadilah seperti aku harini

Monday, January 11, 2016

Berjimat

Kalau ikut tanda tanda kat garisan tangan...orang tua tua cakap..aku ni ada bocor sket...hehe..kira boros la tu...satu tabiat aku kalau aku rasa aku nak dan duit aku cukup aku akan beli ..kalau harga dia bawah dari RM1000 la..Tapi sebenarnya selama setahun aku kerja ni, pikir pikir balik..check balance akaun..Ya Rabb...tak dapat menabung pon...

Jadi, aku insaf..sebab aku nak jadi izzah yang dulu...izzah yang kaya ^^,
Pakai barang second hand pun tak kira ..janji duit berkepuk kepuk dalam bank.

Jadi permulaannya aku buat lah jadual perbelanjaan aku kat excel.





 Tapi antara kelemahan aku..aku ni tak berdisiplin. Aku tak boleh nak keep track perbelanjaan ke mana. Jadi aku main agak agak ja lah...
Aku aim aku nak simpan setahun RM6000

So antara tips peribadi or personalise untuk aku untuk tahun ni...


  • Dapat duit, terus bank in simpanan
  • Tidak mengorek bank simpanan
  • Kumpul duit syiling
  • Tidak shopping di Tesco lebih dari RM100 sebulan
  • Simpan duit elok elok, Jangan tabur merata tempat
The end