Posts

Showing posts from 2012

berubah

baru lepas baca blog seorang ukhti ni.

ya Allah..jauhnya dia dari aku. macam panggang dengan api.. solehahnya dia. aku? tiba tiba, terdetik dalam hati aku. bolehkah aku jadi macam dia suatu hari nanti?

kalau tengok tengok balik. Allah memang balas balik apa amal yang dilakukan oleh seseorang tu kan.

tenang je tengok muka dia. haih..dalam blog pun, ber zauj. zaujah. T.T

erm. aku bukan tak nak berubah. aku tengah berubah. hari hari aku nak berubah. aku rasa macam dah malu nak minta ampun dengan Allah atas sebab yang sama. kalau nak disusun nikmat yang Allah bagi sekarang ni, rasa tak tersusun. dan malam malam ni aku macam dapat rasa nyawa aku tak panjang. aku tak tahu kenapa. rasa macam nak mohon sangat sangat Allah ampun semua dosa dosa aku yang dulu sama ada sedar atau tak.

aku rasa aku beruntung sangat sangat sangat, walau banyak kali aku buat dosa yang sama tapi Allah tetap tak tarik semua nikmat nikmat yang dia bagi. dan sekarang aku rasa macam aku masih cukup segalanya. Alhamdulil…

homey

huuu

hari ni tetiba feeling homesick.
i don't why...
hurm..tapi bila at one point, kita rasa tak comfortable. kita akan rasa homesick. kenapa rumah jauh sangat ni.
 "___"
ok nak nangis.
tiba tiba
sabar ja laa

si chibi

Image
Assalamualaikum..
disember!

ok. semalam pergi THE WORKS then terjumpa ini. jadi terbeli.

Macam menarik pulak saya tengok benda ni even dah ada diary yang agak tebal. Tapi aku beli jugak sebab aku plan nak tulis tulis benda benda yang bermakna dan mengubah hidup aku. for eg: macam quote yang menarik..ayat al-quran yang dush dush kat hati ni...ke..hehe
So si merah ni dah ada nama. Aku namakan dia ni si chibi.  so chibi chan, welcome to mylife. i hope you are a good investment to my life :)
so quick preview of what's inside chibi



yes. i'm library :)

jannah. where are you?

boleh tak

i did it again. ok sekarang kenapa.* nak pura pura menyesal ke cam na ni. *

benarlah kata kataNYA.

can't you put your head straight up and aim for your jannah izzah.

Masak lemak Cili padi

Image
Malam ni turn masak, seperti biasa mesti tercari cari la kan nak masak apa... But
Luckily tringin nak Makan masak lemak Cili padi.. Ni first time buat....selalu merasa orang lain masak..
Sebabnya Mak Aku jarang masak masakan ni sebab Abah tak Makan pedas..jadi resepi google kat my resepi la apa lagi. Boleh tahan la pedasnya tapi sodap..puji diri sendiri pulak..hehe..

boleh lah klu orang negori nak buat menantu  >.~ haha





good news for me!

Image
alhamdulillah.
aku dapat keputusan yang agak baik dalam OCSA (test yang kita kena berlakon bagi advise dekat pesakit). bagi diri ni la baik..hehe.. daripada feedback tahulah kat mana yang tak berapa nak betul..and kena improvekan. contohnya, tak sempat hari tu, salah jam kat belakang. haha. tak sempat nak buat closure. jadi markah untuk closure macam rendah gak la and markah untuk patient centred pun so-so..kena jadi lagi mendengar ni. patiet centred mood activated pas nih.

tapi me tak tahu kenapa rasa cam nak nanges sekarang ni. rasanya keputusan ni keluar pada saat aku perlukan sekali kut daripada Allah. yA Allah. u know everything kan. mungkin aku tak dapat nak tulis kat sini semua benda yang jadi, tapi buat buat paham dah la. haha. boleh tak ?

aku selalu rasa setiap result yang aku dapat adalah hadiah daripada Allah. kalau macam teruk sikit, aku rasa macam Allah nak tegur aku, kalau baik. aku rasa Allah nak pujuk aku.

in other way aku rasa keputusan yang aku dpat ini, salah sat…

andalusia anyone?

aku dah sampai it room. aku memang macam ni, duduk lepak dekat it room library ni, macam macam benda pulak nak dikongsikan.

ok tapi sekarang dah hilang. haha. ok

kejap..

ok memang hilang dah apa yang nak tulis tadi. tapi tak pe lah..kita mulakan topic baru.

actually aku nak balik malaysia winter ni, tapi mak aku macam tak brapa nak bagi...sebab aku nak balik winter adalah.. aku rasa aku tak balik malaysia summer ni. so untuk mengelakkan mak aku rindu sangat kat aku(lebih kpd aku rindu kucing2x) aku rasa nak balik. tapi amat sedih sebab tak dapat green light dari mak

jadi untuk mengelakkan kesedihan yang berpanjangan. aku rasa macam nak bawak diri ke andalusia. tak best ah duk lepak sorang sorang.

tarikh trip. 27 disember-1 january 2013

awesome tak? jom pi!!!

tapi nak ajak sapa. sahabat sahabat dah pergi. mano den nak cari teman pergi jalan jalan ni. ataupun just sign up sorang sorang.

cermin

Assalamualaikum

haritu usrah, ada bincang about something ni.

seorang mukmin adalah cermin kepada mukmin yang lain. (lebih kurang macam tu lah) so benda ni bermain main dalam fikiran aku.

bila fikir fikir balik, BETULLAH! perasaan tak kita selalu bedoa. not kita lah..aku selalu berdoa. ya Allah kau tunjukkahlah aku jalan yang benarn dan mati dalam keadaan beriman dan husnul khatimah.

jadi i guess, Allah hadirkan orang di sekeliling kita sebagai cerminan untuk kita. contoh, kalau kita nampak. orang tu tak bangun solat subuh. bukan hak kita nak cerca orang tu. tapi lebih kepada check diri sendiri

bagaimana solat subuh kita?
awal ka atau subuh gajah?
bagaimana solat 2 rakaat sebelum subuh yang lebih berat dari dunia dan seisinya?
bagaimana khusyuk solat kita
bagaimana tajwid al-fatihah kita?

and many more.

dan benda ni sangat famous dalam soal jodoh. perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan perempuan yang tak baik untuk yang seumpamanya.

jadilah kan.

aku ada satu soalan, kalau kita …

not tired of ranting

ok sekali lagi rasa tak dapat nak bernafas.

tadi pergi placement. bertuah sebab ada pre-reg. jadi pre-reg tu lah kesian dan rajin melayan orang tak reti macam saya ni. makcik makcik dispenser tu pun baik baik belaka. kecuali si-pharmacist muka ketat  sikit. tapi dengan orang lain dia ok ja. haha

watever la.

tapi nak ceritanya. sekarang thing starts to pile up. huwaaa...dari sehelai kertas ja tak revise lagi dah jadi macam a stack of kertas tak buat revision lagi. dan lagi ada 2 coursework yang dekat dateline dia. what am i doing??

izzah, kan dah janji tak nak ulang perangai perangai dulu. -.-

tapi tak boleh lah. benda memang banyak. masa pulak sikit. (ok tak bersyukur)

i'm thinking of going back to malaysia this december-january. is it possible? kenapa nak balik. sebab kemungkinannya. i'm not going back this summer holiday. nak try rasa sambut raya kat sini pulak. camna rasanya.


aidiladha and MPHARM summary

Image
assalamualaikum.

selamat hari raya aidiladha people. berabuknya blog ni. huhu. sory. saya bz dah naik tahun ketiga ni..bernafas bernafas..tengok tengok hari jumaat dah.bernafas lagi..hari jumaat minggu depan  dah. luckily ada hari raya aidiladha minggu ni. eventhough saya ada test OCSA isnin ni, tapi still rasa mood raya tu. dan raya macam hari ni dah berhenti sekejap bergerak. hehe. ye la tu. ok study =.=

third year sangatlah bz. dulu ada sorang senior kata. rasa time belajar third year rasa dia macam double up second year punya....dan sekarang ni baru dapat sikit the whole picture.

1st year - diorang macam ajar kita the basic basic of semua benda. so time first year..kita akan rasa macam...wooo semua benda aku belajar. law, communication skill, physic, chemistry, biology. they want to build the foundation kut.

2nd year - diorang ajar benda benda yang kurang penting as community or hospital pharmacist. more to industrial pharmacist. diorang lebih tumpukan kepada bab bab physics. bany…

before i meet winter

Assalamualaikum

i'm going back to uk this friday. huhu [finally]

finally. from 22nd of june 2012 until 28th of september 2012. it's more than 3 months already i have been in malaysia. 3 bulan 6 hari tu banyak sangat benda jadi. besar mahupun kecil. tak nama kehidupan la kan kalau hidup ni statik ja.

dari hari first touch down kat kedah. sambut puasa kat rumah sepenuhnya, pergi solat terawih. mula mula 8 then 20..bilangan yang bagi aku macam impossible untuk aku buat sebelum ni. tapi nak tahu macam mana aku dapat buat? i met this person. and satu ayat dia buat aku tersentak.

" erm..buat 20 la. sekali ja setahun"

nampak macam biasa. tapi bila kita ungkapkan ayat yang betul pada tempat yang betul dan pada masa yang betul..memang menusuk nusuk sampai ke jantung ni ha..and aku hanya start berubah bila aku jumpa ramadhan yang ke-18 rasanya. tapi dalam dalam tu pun, masih duk ting tong lah. otak aku merewang jauh sangat. aku macam ada masalah sebenarnya. aku susah nak fokus…

jordan: wadi rum

Image
aku pernah ke JORDAN dan aku rasa kembara aku dan kawan kawan aku ke jordan antara percutian yang paling awesome. thanks mia for the invitation to join you.

selain ke petra. tempat yang paling best kat jordan tu.. ada satu tempat yang sangat cantik aku dan kawan kawan pergi. nama tempat tu wadi rum. wadi rum tu ada satu tempat padang pasir yang hanya berbukit bukau kan pasir semata mata. bayangkan..bukit yang tinggi tu. diperbuat daripada pasir dan batu batu bukit ja. jalan nak pergi wadi rum tu pun hanya boleh masuk dengan four wheel drive ja. tak boleh guna kereta biasa nanti tersekat pasir dalam enjin pulak. hehe.

tapi disebabkan kami daripada petra. kami terlewat lah sampai wadi rum tu. dalam nak dekat maghrib dah lah baru sampai. tapi nak masuk jugak sebab kalau tidak kami tak berpeluang pulak nak masuk wadi rum tu nanti disebabkan jadual yang agak padat.

masuk wadi rum bila matahari sudah menundukkan wajah memang permandangan yang cantik sekali. subhanallah.

nak dijadikan cerita…

keep losing myself

Image
Assalamualaikum.



It has been two months plus my stay in Malaysia for the summer holiday, and now I am searching for a bus ticket from Heathrow terminal 4 to Cardiff bus station. pheww.. how times fly.. I mean really fly.

During these days I have been through a lot of new experiences. There were memories that had been carved firmly in my heart. Those were sweet memories and not to forget the bitter one. Up and down. Starting with becoming one of the committee for the biggest event for Iluvislam which is WOW ( a pre-departure programmes for student living abroad) which was really unforgettable experience for me. I met new peoples, new environment and testing myselft to the limit which i did not know.

After that, I was busy with puasa, this puasa was quite a memorable journey for me. There were news about a friend of mine or a friend to my friend who passed away just before puasa and I did not know whether I would be able to see Ramadhan this year. Thus, I prayed a lot to Allah SWT and h…

lukisan kehidupan part 1

salam ramadhan!

rasa yang datang entah berapa kali tapi rasa ini sangat indah.
kadang kadang kalau tengok balik banyak gila tanda tanda yang Allah nak tunjuk dekat aku yang jalan cerita hidup yang diberikan kepada aku ni memang dilukis khas untuk aku

Tahun 2002 tahun aku amik UPSR..tekanan time tu agak tinggi la jugak sebab ...sebab entah...time tu pressure sebab yang aku tahu aku kena pergi asrama selepas upsr. jadi kena dapat keputusan yang baik. sebab apa kena pergi asrama? sebab abang abang and kakak aku pergi asrama.. boleh tak alasan tu? bodohnya aku rasa dulu.. jadi berusaha lah aku pun sehabis baik. tup tup aku dapat 4A 1B. pergh. asrama penuh memang babai lah jawab nya. jadi aku ni nak pi mana ni...erm..ayah aku kirakan aku masuk ke sekolah menengah kebangsaan agama sik. ayah aku cakap test nak masuk sekolah agama tu aku tak lepas pun. tapi abah suruh kawan dia tolong. entah betul entah tidak. tapi aku memang lah tak reti pun agama dulu.sekarang pun serupa la jugak...

tapi ya…

kenapa kita masih buat benda benda yg kita kata dulu tak nak buat.

Well
The reason is kita tak tahu benda yg kita buat tu kat mana letak hukum dia.
Haram kah
Halal kah?Published with Blogger-droid v1.7.4

fitrah

I think i need to improve
O Allah .bismillahiirrahmanirrahim :)Published with Blogger-droid v1.7.4

obeseeee

Image
Assalamualaikum

hari ni cakap cakap dengan kakak dengan mak. depa semua risau dengan berat badan aku sekarang. actually aku pun risau. tapi risau bila timbang ja la..bila lepas tu..dah tak risau..maybe aku ni tak la jenis yang suka berjalan jalan keluar kenal orang sangat. so macam rasa boleh avoid orang punya first impression or their tought on me.

aku gemuk ka
aku kurus sikit ka

aku malas ambil kisah sangat

tapi bila pulang ke malaysia time summer ni, cuaca berubah. berat badan berlebihan tu terasa sangat la..buat kerja sikit dah tak larat. sakit sana sakit sini. lepas tu tidoq sebab badan dah penat. kalau kat UK, kaki tak terasa sakit sangat walau jalan jauh pun. tapi kat malaysia.. berdiri lama sikit dah rasa menyucuk nycuk kat kaki. rasa sangat tak sihat bila balik ni.

sampai cakap dengan abah. "izzah rasa izah ada penyakit la, awat rasa tak larat sangat ni"- hehe..lepas tu pi makan ubat supplement abah and then tidoq lagi.

tapi hari ni timbang berat. ya Allah terkejutn…

banyak kali mengeluh

sebenarnya dah banyak kali attempt aku nak pegang keyboard dan mengetak ngetuk..tapi tak berjaya... [sigh]
semalam aku buat kerja gila. bagi aku la...dan perasan menyesal tu separuh separuh. [sigh] aku tak tahu la macam mana sekarang ni. i don't whether what i did last night was right or wrong move. [sigh]

boleh ka aku stay away dari semua benda ni. [sigh]

-.-

Ramadhan yang manis

Alam itu cantik—gunung dan tasik;
maya terlalu indah—laut dan mega.
Lapar dan dahaga yang mengiktibar
cekal dan bersih suara mengajar:
Lapar kita dahaga yang menguji,
dahaga kita lapar yang mengerti—
ketakwaan penuh terhadap Ilahi.
Puasa—musim manis, bahang menguji,
angin yang santun ke pohon dakwah
bergugus dan sihat buah ibadahnya.
Bulan menyimpan kebijaksanaan,
musim indah di taman Ramadhan,
menyerlahkan kemanusiaan luar biasa,
menginsafi keagungan Maha Kuasa.
Daun yang gugur, tanah yang rekah,
di atas sejadah harum iklimnya;
surah yang jernih dan suara syahdu
terhantar ke lidah dari damai qalbu,
merubah derita ke bahagia diri,
membimbing hidup yang diredai.
Solat malam, zikir doa, tulus sedekah
ibadah ummah, tangkai yang ketiga,
mengagumi Allah Subhanahu Wa Taala.
Langit beradab, kelam dan cerah
datang dan pulangnya iktibar berhemah.
Badik ketika murka, senyum sewaktu mesra,
alam, insan khusyuk menyujud Ilahi
sekiblat dalam tautan kasih yang hakiki.
Lailatul qadar ia pada detik t…

tahniah abangku

" hang tau dak kenapa hang tak ....."
"sebab hang pemalas sangat"

haha. that was what my brother said to me when i was in primary school
teringat lagi dulu aku memang pemalas. ya Allah pemalas teramat. biasalah anak bongsu. semua benda tak suka buat.atau buat separuh kerja mak suruh then lari... sampai sekarang pun aku rasa sifat malas tu antara musuh utama aku jugak lah..tapi tak pe..pelan pelan kita kikis.

tapi at least abang aku yang sorang ni lah yang menyedarkan aku betapa aku ni pemalas sangat. so ada lah rasa oh, kalau pergi rumah orang jangan jadi pemalas macam ni.

dulu time sekolah rendah semua orang(adik beradik yang lain) boleh dikira tinggal di asrama. so aku mak dan abah ja lah kat rumah. kak ila sekolah kat sp. jadi dalam sebulan sekali ja lah dia balik. abang pertama skolah jauh di kl. lagilah jarang balik. hanya abang ke2 lah yang selalu balik sebab dia sekolah di maktab mahmud alor star. tapi rajin rajin dia balik pun. dia dulu musuh utama aku. dia…

you can find friend in the jungle

Image
assalamualaikum

hari ini ada rasa nak tulis..tulis something yang agak berat sambil ditemani anjing jiran yang tengah lapar. ceh..sejak bila entri aku ni tak berat. jujur aku cakap aku tak reti tulis entri yang happy go lucky.. kalau baca entri aku mesti macam awan mendung ja.. hehe. sebab utamanya aku tulis bila aku rasa lonely..bila aku rasa tak hepi dan bila aku ada masalah. this is one of my to express my feeling and stress...huhu..maklumlah tak dak kucing kat bumi uk ni. tapi bukanlah bermakna hidup aku ni awan berarak sahaja. ada time hepi..cuma jarang aku pegang laptop kalau time aku hepi. hehe.sebab time aku hepi bila aku makan. jadi tangan penuh seyh..cam mana nak pegang laptop :)

korang pernah ada kawan baik?

aku ada. and boleh lah jugak bilang dengan jari. macam mana aku cari kawan? actually tak la aku cari sangat kawan. aku just go with the flow je. kalau Allah takdirkan aku ringankan mulut dan make friend dengan orang tu, terjadilah dia kawan aku. tapi aku perasan aku jara…

azam baru >.<"

Image
Assalamualaikum :)
sihat? saya alhamdulillah sihat. sebenarnya tengah gelebah ni. exam seminggu lebih lagi ni tapi tapi tapi.... takutnya

cana nak buat eh.
ok
tidur awal
bangun awal
sembahyang pada waktunya
jangan tengok movie
jangan makan banyak
makan 5 kali sehari
solat hajat farah izzah..solat hajat..
fahamkan mechanism mechanism tu semua farah izzah.
u have to work very hard now so that you can balik beraya macam kat bawah !!

better late than never yeah. uhuk >.<


mabrur dan kotor

Image
hurm..kali ni nak tulis pasal apa eh. mungkin aku nak sentuh dua benda.

umrah mabrur
sepanjang perjalanan nak balik tu banyak tazkirah tentang bagaimna kita nak tahu umrah kita ni mabrur ke tak. ia dengan tengok diri kita sendiri selepas pulang daripada umrah tu. then aku jadi sangat berhati hati dan sangat paranoid kalau aku kembali kepada habit habit aku yang lama tu. bila aku cakap pasal habit ia bermakna satu perlakuan yang sudah sebati dengan diri aku yang sangat susah nak diubah. ia seperti dah siprogramme dalam otak aku. aku tak berapa risau sangat sebenarnya kalau waktu aku sedar ni. sebab aku rasa aku boleh lagi kawal diri kalau aku boleh guna otak aku. time time yang aku risau macam time yang aku tak boleh kawal otak aku. for example, time aku baru bangun daripada tidur. otak separa sedar aku bekerja dengan sangat kuat. aku tak boleh pun kawal diri aku untuk tak tidur balik lepas bangun bila terdengar jam. maybe tu la salah aku , dah terdidik jiwa untuk tidur lepas tutup jam…

mekah al mukarramah

Image
dah 2 hari kaki ini meninggalkan bumi haramain. saat kaki meninggalkan bumi haramain mekah al mukarramah dan bergerak ke madinah al-munawaarah pun dah terasa rindu inikan pula meninggalkan kedua-dua bumi haramain. Allah~ perjalanan umrah dan ziarah yang bermula pada hari jumaat dan berakhir pada hari jummat tu benar benar merupakan manifestasi antara saya dan Allah SWT. benar kata seorang akhi tatkala ada selingan tazkirah atas bas. "setiap apa yang berlaku kat bumi haramain ini adalah perkara perkara yang sering terjadi semasa kita diluar haramaian. cuma antara sedar atau tak ja. bila berada di sini, Allah magnifykan masalah kita tu. jadi ni lah peluang kita untuk mohon doa untuk Allah bagi setiap masalah yang kita hadapi tu". jadi apabila saya encoutered apa apa kesulitan atau cabaran hatta sekecil seperti was was dengan wudhuk pun saya akan berusaha untuk mencari hikmah disebalik perkara yang terjadi. jadi meh saya coretkan antara hikmah hikmah yang mampu lagi saya ingat …

32 questions: part 1

hey. assalamualaikum. i am good at proscrastinating, therefore i found this!

a list of questions but there is no right or wrong answer to this question, just a right question to be asked :) i will try hard to answer these question as genueinely as possible. however, it may take a few posts to complete answering all the questions. cheers xoxo!


1. how old would you be if you didn't know how old you are?
woah! terduduk aku baca soalan yang pertama. nasib baik ada playlist dalam blog yang aku terjumpa ni. boleh berfikir kejap. :D bila terpandang soalan ini. benda yang berlegar legar dalam kepala adalah ..hurm...waktu mana paling best ah? maybe tak da jawapan yang specific cumanya aku nak jadi as young as possible, supaya aku boleh prevent diri aku repeat the same mistake. tapi orang cakap we are here today because of our past.

2.which is worse? failing or never trying?
for me. never trying! pengalaman tu orang cakap tak boleh nak beli dengan wang ringgit pun. apalah salah sangat kalau fai…

bila kau dah tak kisah

ya Allah macam macam bermain main di kepala aku sekarang ni. aku nka update status di facebook. tapi tiap kali tangan nak menulis, otak akan cakap untuk apa kau nak update status kau izah. mungkin kesan umur yang makin meningkat ni, cara pandang aku keatas sesuatu tu dah berubah.

kau dah tak kisah apa nak jadi dengan kawan kawan kau.
kau dah kisah kau nak makan apa linch nanti or dinner nanti
kau dah tak kisah kau dapat markah berapa
kau dah tak kisah apa orang lain pandang kau
kau dah tak kisah apa yang berlaku dekat orang lain.
kau dah tak kisah kesihatan kau

yang kau kisah
......
(huhu-mana boleh bagitahu apa benda yang aku kisah)
 p/s: nasib baik aku ada blog, boleh aku tulis benda apa yang aku mahu.

derma kilat untuk saya? hehe

Image
menepis nepis debu ditangan sebab kali ni nak tulis entri yang agak panjang. hehe.

DUIT ADALAH MASALAH YANG PALING PENTING BAGI YANG TIDAK BERKEMAMPUAN.
 ~.~ tapi ni bagi yang pelajar yang memang manage duit dia sendiri and bergantung harap hanya pada duit biasiswa. tajaan daripada mak abah tiap tiap bulan tak ada. pelajar yang macam ni lebih kurang boleh kira dah bekerja la..sebab bila dapat result elok ja..duit masuk. then duit tu memang untuk tiap tiap bulan..jadi dari situlah, buat kira kira mana nak tolak sewa rumah, mana nak tolak bil api air gas semua. lagi makanan lagi. travel lagi. dan selalunya duit dalam akaun aku akan aku pastikan lebih daripada cukup. tapi tahun ni, aku tak berjaya. so sad..duit dalam akaun kira macam cukup cukup makan ja and aku jenis yang tak boleh nak cut down aku punya living cost jadi lagilah duit dalam bank tu memang cukup cukup makan. mungkin sebab aku banyak travel tahun ni. saving aku susut terus. impian nak balik 50 ribu ke malaysia memang tak te…

ada sapa kat sini?

Dulu sebelum aku datang sini, aku ada tanya sorang senior.
" takpe ke saya sambung study dekat tempat yang saya asing"
Then kakak Tu cakap, "erm...actually lagi lah bagus, sebab awak hanya ada Allah untuk awak turn to. Jadi mana tahu di situ awak akan lebih kenal Allah."


Tapi macam mana aku nak mengadu dengan Allah. Kalau benda wajib pun aku tak mampu buat. Will HE listen to me?Published with Blogger-droid v1.7.4

can't put ypur head straight

lately rasa tak berapa nak sihat. mungkin atas sebab terlebih makan T.T
tapi kalau tak makan, aku rasa lapar sebab dah terbiasa makanan masuk dalam perut. tapi kalau makan lepastu rasa nak termuntah dah pening. mungkin makanan berminyak sangat ye dak ;(

takutnya dapat diabetes dan cholestrol lepas tu stroke T.T

anak kecil?

Image
sambil berjalan jalan seorang sahabat tiba tiba cakap
"nanti aku tak nak bagi anak aku pergi tuisyen time weekend."
tapi pengalaman melihat seorang anak kecil postgrad yang agak tinggi pangkat ilmunya sedang asyik bermain "talking tom" dan youtube di iphone ibunya membuat aku berkata
"memanglah kita rancang tak nak itu tak nak bagi ini, tapi kemudian hari, tak tahu sama ada kita akan berupaya melaksankannya"
"tapi at least kita rancang jugak" - balas balik sahabat tadi
jadi meh sini kita merancang.
kalau aku ada anak nanti, aku berazam nak namakan anak aku dengan nama nama orang orang dahulu yang pernah membela islam, tak kiralah para sahabat ka para rasul. contoh, umar ke uthman ke, ummu salamah ke, aisyah ke. salahuddin ke. then aku nak dari umur 1-7, anak aku dapat semua yang dia nak. sebab time ini aku nak dia tahu, aku sayangkan dia. time ni jugak aku tak nak bagi dia pakai gaun, kalau pakai gaun pakai seluar kat dalam. aku rasa tak elok ajar ana…

better wednesday

1st step: done 2nd step: buy dslr. money money ?.?

12.45

ada law test tadi.
buat dengan penuh tekun dan berhati hati hati
sebab rasa ada banyak masa lagi. setengah jam lagi. 12.30 aim untuk check semua jawapan.
tiba tiba, cikgu datang. tarik kertas.."ok time up!"
shut.
silap tengok habis pukul 12.15pm bukan 12.45pm

setengah jam tu sangat banyak -____-"

keji #1

Lelaki dan perempuan itu memang diciptakan berpasangan. Semua orang tahu. Hatta yang gay dan lesbian pun tahu, cuma tak nak ikut atau tak upaya nak ikut. Jadi kalau dah diciptakan berpasangan setiap orang mestilah ada ciri ciri yang diingini. Tapi aku notis, tak semua boleh come out dengan spontan ciri ciri yang dia nak. Tapi InsyaAllah kalau ditanya ciri ciri yang tak nak... mungkin dah berjela jela jawapan yang diberi dalam masa 5 minit.

Sebagai contoh khayalan: sorang gadis ini dia tak nak bakal suami dia punya ciri ciri
- gelak berlebihan.
- bersosial terlebih
-panas baran.

Jadi sí gadis ini pun mulakan lah pencarian ciri ciri tadi, calon yang tak banyak mulut, senyum selalu bukan gelak tak ketahuan,sopan dan lebih introvert.

Jadi dia pun berlakon lah demi nak mencari pasangan sehidup semati, tapi caranya she becomes someone yg easy going, ramah dengan semua orang dan buat lawak tahap mentibang bila sembang dengan semua orang termasuklah dengan calon calon yang dia rasakan …

my cup of tea

Image
my cup of tea

Petra

Image
bulan depan dah start bz. mungkin boleh buat satu entri untuk menceritakan perihal kebizian aku untuk bulan march T.T
tapi kali ni nak ceritakan pasal trip aku dan rakan rakan ke jordan yang sudah berlalu hampir beberapa bulan... tapi aku rasa i'm not going to ceritakan dari hari pertama sehingga ke hari last. unless ada orang nak tahu or aku macam ada feeling feeling sikit nak karang balik apa yang tersemat di hati ini. ceewahh..

so kali ini jom baca pasal petra! (of kos dari perspektif aku yang dhaif ni)

aku rasa first time aku dengar nama petra sewaktu aku accidently terlihat jejak rasul. so tak silap aku time tu jejak rasul menceritakan tentang azab azab untuk kaum yang dilaknat oleh Allah. (ni tak silap lah tau). then ada pasal menerangkan kaum Tsamud yang mahir memahat bangunan di di gunung. naluri kanak kanak tu macam ..wooahh..ada jugak orang macam ni. aku nak buat bentuk bangunan dari plastesin pun payah. ni kan pulak nak pi ketuk batu tu jadi bentuk bangunan.. so dalam h…

to be continued

assalamualaikum blog...
bru lepas makan.
hehe
erm..
babai ^.^

..to be continued

question mark

Image
kadang kadang rasa nak nangis. erm..to be exact tiba tiba.
tiba tiba aku akan rasa nak nanges. kenapa aku ada dekat tempat yang aku ada sekarang ni?
dan benda yang boleh membuat aku miserable secara tiba tiba adalah bila aku terfikir macammana aku boleh come out dengan satu decision untuk tak study dekat tempat yang sekali dengan membe yang aku anggap macam darah daging aku. yang aku kenal luar dalam, yang aku percaya lebih dari keluarga sendiri eventhough baru dua tahun kenal.

kenapa aku sanggup datang sorang sorang, gamblekan hidup aku. berusaha untuk buat persahabatan yang baru dengan orang orang yang aku rasa sangat asing dalam hidup aku sebelum ini. aku pernah terfikir kalau aku dulu pilih untuk stay dengan membe membe aku dulu adakah aku akan rasa perasaan macam sekarang?

dan sejak jadi senior ini orang selalu tanya kenapa aku pilih untuk datang belajar di sini. kenapa cardiff university. dekat sini tak dak apa2x...dan jawapan wajib aku bagi adalah hanya cuaca. ^.^
some people m…

seorang kucing

Image
hi and assalamualaikum peeps!

kalau pilih seekor binatang untuk didescribekan aku. aku akan memilih kucing.
aku pemalas
sangat malas
aku suka makan
aku suka sandar dekat orang
aku suka tidur dengan mak sama macam kucing aku suka tidur dengan aku
aku suka mengelamun tanpa ada apa apa dalam kepala otak ni
and
aku suka bangun lambat
just like my cat ^.^

22 tahun dah

Image
salam peeps!

eh ok kali ni apa tajuknya eh?

new year resolution? jordan? or malaysia?

jordan panjang sangat kalau nak ceritanya sebab saya bajet dalam 20 minit ja tulis ni so how about we talk something related to my new year resolution ^.^

kita pinjam dari sini
welcome 2012.

bila setiap kali sambut tahun baru, saya mesti terfikir eh apa azam tahun ni eh? tapi tipulah kalau saya cakap saya memang stick dengan azam tu. saya rasa bila dah dekat dengan akhir tahun, saya mesti lupa azam yang saya buat time awal tahun dan tak bother pun nak belek dalam diari kut kut ada tercatat satu dua. so saya terfikir kali ni, eh dah umur 22 tahun ni. (read: duapuluhdua!!) masih nak buat azam lagi kah?

so dengan YAKINYA,d saya berfikir..erm. tak salah ada azam lagi tahun ini tapi kalau boleh setiap masa perbaharui azam tu kan. sebab hidup ini sebenarnya bukannya ada tahun, bulan, hari, jam, saat, minit, hakikatnya benda benda tu semua hanya diciptakan oleh manusia. yang nyata hanyalah masa yang dipanggi…