keji #1

Lelaki dan perempuan itu memang diciptakan berpasangan. Semua orang tahu. Hatta yang gay dan lesbian pun tahu, cuma tak nak ikut atau tak upaya nak ikut. Jadi kalau dah diciptakan berpasangan setiap orang mestilah ada ciri ciri yang diingini. Tapi aku notis, tak semua boleh come out dengan spontan ciri ciri yang dia nak. Tapi InsyaAllah kalau ditanya ciri ciri yang tak nak... mungkin dah berjela jela jawapan yang diberi dalam masa 5 minit.

Sebagai contoh khayalan: sorang gadis ini dia tak nak bakal suami dia punya ciri ciri
- gelak berlebihan.
- bersosial terlebih
-panas baran.

Jadi sí gadis ini pun mulakan lah pencarian ciri ciri tadi, calon yang tak banyak mulut, senyum selalu bukan gelak tak ketahuan,sopan dan lebih introvert.

Jadi dia pun berlakon lah demi nak mencari pasangan sehidup semati, tapi caranya she becomes someone yg easy going, ramah dengan semua orang dan buat lawak tahap mentibang bila sembang dengan semua orang termasuklah dengan calon calon yang dia rasakan berpotensi. Saja. Untuk tengok ada tak ciri ciri yang disenaraikan tadi atau kata mudahnya orang yang tak memberi respon positif kepada apa yang dilakonkan sigadis tadi kira berjayalah. Hampanya sigadis tadi, semua lelaki tak ada langsung ciri ciri diatas. Dan dia pun mengutuk semua lelaki lelaki tadi katanya tak seorang pun persis saiyyida ali karamallahu wajhah.

Dan sekarang tukar tempat lelaki tadi dengan perempuan dan sebaliknya. Keji tak? :)

Sebab tu dalam al-quran "lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"
Published with Blogger-droid v1.7.4

Comments

Popular posts from this blog

I used to love methadone dispensing slot

Cara cara melanjutkan pelajaran dalam bidang farmasi diluar negara