Petra

bulan depan dah start bz. mungkin boleh buat satu entri untuk menceritakan perihal kebizian aku untuk bulan march T.T
tapi kali ni nak ceritakan pasal trip aku dan rakan rakan ke jordan yang sudah berlalu hampir beberapa bulan... tapi aku rasa i'm not going to ceritakan dari hari pertama sehingga ke hari last. unless ada orang nak tahu or aku macam ada feeling feeling sikit nak karang balik apa yang tersemat di hati ini. ceewahh..

so kali ini jom baca pasal petra! (of kos dari perspektif aku yang dhaif ni)

aku rasa first time aku dengar nama petra sewaktu aku accidently terlihat jejak rasul. so tak silap aku time tu jejak rasul menceritakan tentang azab azab untuk kaum yang dilaknat oleh Allah. (ni tak silap lah tau). then ada pasal menerangkan kaum Tsamud yang mahir memahat bangunan di di gunung. naluri kanak kanak tu macam ..wooahh..ada jugak orang macam ni. aku nak buat bentuk bangunan dari plastesin pun payah. ni kan pulak nak pi ketuk batu tu jadi bentuk bangunan.. so dalam hati macam...ok. "petra is one of places yang wajib pergi" i want to see that with my naked eyes!! macam tu lah ceritanya~ jadi sebab tu lah bila mia ajak pergi jordan. mulut ini ringan terus cakap ya eventhough ada plan lain selepas tu yang memerlukan belanja yang agak besar jugak. InsyaAllah

so perjalanan ke petra agak jauh. kami bergerak dari amman. tidur di hotel, dan malam tu murakib (tour guide and etc) pesan. "esok kita kena bertolak selepas subuh tau". ingat lagi, malam sebelum ke petra tu tidur pukul 10 malam kut, hehe. sebab takut tak terjaga esoknya.  then after solat subuh bergerak kami berlima dalam satu kereta tu ke petra. perjalanan ke petra merentas padang pasir dan kampung kampung masyarakat jordan. subhanallah sangat cantik. ini baru dalam kereta ondaway nak ke petra. belum sampai lagi ke petra. hehe. sesudahnya sampai ke petra., sebenarnya petra ini nama kawasan. macam bandar lah lebih kurang. bandar petra. dekat bandar ni lah menyimpan khazanah kaum Nabataen yang terkenal. Tapi sebelum bergerak masuk ke kota tu, murakib mencadangkan untuk kami breakfast dulu. jadi boleh la duduk lama lama dalam tempat yang nak pergi melawat tu.

roti, telur dadar and teh pudina

oh by the way sebelum kitaorang singgah breakfast kitaorang singgah ke salah satu mata air nabi musa :D allahuakbar!
Mata air Nabi Musa


1 kejadian tak diingini berlaku masa breakfast. aku telah memecahkan balang kaca yang orang letak atas meja tu. haha. tapi sikit pun rasa tak cuak. bila bagitahu murakib pun dia cakap. "oh tak pe je. buat tak tahu." lawak giler. tapi rasa bersalah lah jugak. nak mintak maaf tak reti cakap arab. tahu "khalas" je. >.<"

Jadi lepas dah siap breakfast menujulah kami ketempat yang ditunggu tunggu tu. Sebenarnya tempat yang kami nak tuju adalah kota kaum nabataens yang menempatkan tinggalan tanggalan sejarah yang selalu kita dalam poskad poskad dari petra tu.

Ada pelbagai cara nak masuk ke dalam kota tu.  Sama ada kita boleh

1. jalan kaki
2. naik keldai
3. naik kuda

untuk menjimatkan duit. kami gunalah kudrat yang ada ini. jalanlah kaki kami berlima. setiap kali bukak kelopak mata ni rasa nak je tekan click dekat kamera. subhanallah cantik! berjalan selama lebih kurang sejam menggunakan laluan pedangang dulu yang mahu masuk ke kota tersebut yang hanya muat muat untuk 1 kereta dan dipagari oleh batu yang sebesar bukit bukau sangat menakjubkan! bawah ada video aku ambil sebab aku rasa impossible untuk aku tengok pemandangan indah macam ni lagi. (maaf untuk minit ke-20)-terteleng kepala korang. huhu.








and after about sejam berjalan kitaorang sampai ke penghujung jalan dan mula masuk ke kota kaum nabataean, dan disapa oleh binaan bangunan yang sebelum hanya dapat lihat melalui gambar gambar sahaja. uhuhu..speechless kitaorang time tu.

Al- khazneh

kota itu direkodkan dihuni oleh kaum nabataen dan kota tu sangatlah sangatlah besar. Dalam tu bangunan tinggi tinggi, semuanya diukir daripada gunung. antaranya al-khazneh, urn tomb, teather, The monastery, church,The hadrian Gate, Street of Facades, The silk tomb and many more. rasanya kami berjalan jalan dalam kota tu saja dalam 4 jam!! tu pun tak cukup. ada yang kami tak pergi melawat sebab kena daki 90 anak tangga lagi dan nak bergegas ke wadi rum..huhu.. ye ke 90? ke 900 anak tangga. entah. T.T

erm..jap tak tahu dah nak cerita apa lagi dalam kota tu. tapi perasaan sebaik sampai dalam tu, sebenarnya ada sikit rasa terkilan. mengenangkan nasib diri yang banyak dosa. so mulut pun tak banyak sangat cakap ditambah dengan speechless tengok semua teknologi teknologi zaman dulu. Indeed. jauh berjalan, luas permandang. so lets pictures talk!









and

The most favourite picture!




Refleksi.
tapi personally, kalau nak dibandingkan dengan kehebatan kaum dulu. rasanya aku ini tak da apa2x pun. bina rumah dari plastesin pun tak lepas. harap main lego ja. tapi cuma satu yang membezakan kita dengan mereka. Laailahailllah. 
kalimah tu lah yang paling utama dalam hidup kita. dan kalimah itulah yang menjadi saksi bahawa sekuat manapun kamu kalau kamu tak beriman disisi Allah. kamu tiada nilai pun di pandangan Allah. jadi rakan rakan dan sahabat sahabat dan pesanan untuk diri saya sendiri. jangan ambil sambil lewa nikmat islam yang Allah beri kepada kita. berusaha supaya dipandang oleh Allah bukan hanya setakat dipuji oleh manusia di dunia yang hina ini.

Comments

Popular posts from this blog

I used to love methadone dispensing slot

Cara cara melanjutkan pelajaran dalam bidang farmasi diluar negara