anak kecil?

cita cita tinggi tu perlu



sambil berjalan jalan seorang sahabat tiba tiba cakap

"nanti aku tak nak bagi anak aku pergi tuisyen time weekend."

tapi pengalaman melihat seorang anak kecil postgrad yang agak tinggi pangkat ilmunya sedang asyik bermain "talking tom" dan youtube di iphone ibunya membuat aku berkata

"memanglah kita rancang tak nak itu tak nak bagi ini, tapi kemudian hari, tak tahu sama ada kita akan berupaya melaksankannya"

"tapi at least kita rancang jugak" - balas balik sahabat tadi

jadi meh sini kita merancang.

kalau aku ada anak nanti, aku berazam nak namakan anak aku dengan nama nama orang orang dahulu yang pernah membela islam, tak kiralah para sahabat ka para rasul. contoh, umar ke uthman ke, ummu salamah ke, aisyah ke. salahuddin ke. then aku nak dari umur 1-7, anak aku dapat semua yang dia nak. sebab time ini aku nak dia tahu, aku sayangkan dia. time ni jugak aku tak nak bagi dia pakai gaun, kalau pakai gaun pakai seluar kat dalam. aku rasa tak elok ajar anak untuk jadi seksi daripada kecil. huhu 

dari umur 7 tahun dan keatas dia dah start darjah satu dah. aku nak dia pergi sekolah pakai tudung, tak pun pakai kopiah eventhough dia mungkin buang time sekolah. tapi tak pa lah janji dia pakai time pergi sekolah. time ni jugak aku akan baca kisah kisah nabi sebelum diorang semua masuk tidur. aku nak dia jadi macam nabi muhammad S.A.W yang mempunyai akhlak yang sangat baik. walaupun kita tahu nabi muhammad S.A.W tu memang dijaga oleh Allah keturunannya sehingga mempunyai budi perketi yang mulia, tapi benda tu tak mustahilkan. time sekolah rendah sangat penting, sebab time ini kawan kawan memainkan peranan. hurm..aku nak kenal semua kawan kawan anak aku. time ini jugak mungkin aku boleh jadi macam ayah aku. dia benarkan ja aku pergi mana mana sendirian kadang kadang bertemankan kawan tapi aku mestilah bagitahu dulu dan sebab apa aku nak pergi dengan kawan kawan aku tu. aku perhatikan kadang kadang mak ayah sangat paranoid nak lepaskan kanak kanak tu keluar dengan kawan kawan hatta nak pergi main dekat taman permainan pun. tapi effectnya, anak diorang ini akan keluar senyap senyap takpun buruk lagi akan bohong kepada mak ayah mereka. aku tak nak anak anak aku cakap bohong dengan mak ayah dia. 

bab tuisyen, erm...aku tak kisah. aku pergi ja tuisyen dulu. jadi kalau keadaan memerlukan mungkin akan hantar anak aku pergi tuisyen. cakap bab pelajaran ini, aku tak akan paksa anak aku minat benda apa yang aku minat. budak budak ini anugerah dans angat kreatif, aku harap nanti aku tak akan halang apa cita cita anak. jangan cakap nak jadi artis sudah lah. tu memang kena halang terang terangan la kut. aku juga rasa nak hantar anak aku pergi belajar piano ka biola ka. kalau tak dak duit, mungkin aku akan upah jiran aku untuk ajar dia main recorder plastic tu. kalau dia tak berbakat dalam music pun tak pa. janji dia tahu nak main macam mana. ilmu tu kan luas. 

disebalik pelajaran pelajaran tu semua, aku nak dia belajar agama jugak. erm..bab agama ini runsing jugak aku nak pikir. yang pastinya mesti mengaji quran setiap malam. harap aku jumpalah nanti ustaz yang macam ustaz baha yang mengajar aku mengaji quran time kanak kanak dulu untuk ajar pulak anak aku membaca surat surat cinta dari Allah. then aku nak dia kenal Allah. jadi aku harap keluarga aku nanti adalah usrah. usrah keluarga, mungkin boleh bagi nama ..... erkk..tak tahu. usrah tu dah bermaksud keluarga.  tapi paling sedikit seminggu sekali  mungkin

ok setakat tu lah daya imaginasi aku. dah pening dah otak aku berfikir. aku sebenarnya jenis yang tak tahu nak buat cerita dan imaginasi lebih lebih. jadi. sekian

akhir kalam:

perfectnya cara untuk ajar anak anak haruslah bermula dari ibu bapa yang agak perfect jugak -__-

Comments

Popular posts from this blog

I used to love methadone dispensing slot

Cara cara melanjutkan pelajaran dalam bidang farmasi diluar negara