derma kilat untuk saya? hehe

menepis nepis debu ditangan sebab kali ni nak tulis entri yang agak panjang. hehe.

DUIT ADALAH MASALAH YANG PALING PENTING BAGI YANG TIDAK BERKEMAMPUAN.
 ~.~ tapi ni bagi yang pelajar yang memang manage duit dia sendiri and bergantung harap hanya pada duit biasiswa. tajaan daripada mak abah tiap tiap bulan tak ada. pelajar yang macam ni lebih kurang boleh kira dah bekerja la..sebab bila dapat result elok ja..duit masuk. then duit tu memang untuk tiap tiap bulan..jadi dari situlah, buat kira kira mana nak tolak sewa rumah, mana nak tolak bil api air gas semua. lagi makanan lagi. travel lagi. dan selalunya duit dalam akaun aku akan aku pastikan lebih daripada cukup. tapi tahun ni, aku tak berjaya. so sad..duit dalam akaun kira macam cukup cukup makan ja and aku jenis yang tak boleh nak cut down aku punya living cost jadi lagilah duit dalam bank tu memang cukup cukup makan. mungkin sebab aku banyak travel tahun ni. saving aku susut terus. impian nak balik 50 ribu ke malaysia memang tak tercapai selain aku bukak bisnes nasi kandaq kat sini. nak jual nasi lemak-abang adli nak conquer. nak jual nasi dagang, bukan orang kelantan T.T

actually atas faktor apa ni aku tak da duit sangat? cuba cerita sikit.

sebenarnya tahun kedua ni, aku pergi melancong ke 2 negara yang jauh dari UK. 1 dah melawat. 1 lagi bulan april nanti.. tapi aku tak menyesal langsung walaupun banyak pakai duit. sebab negara yang aku dah melwat tu memang aku tanam azam nak pergi dari kecik kecik lagi sejak tengok jejak rasul yang andalusia tu. nak sangat tengok bangunan petra tu. nak sangat tengok kemahiran kaum yang boleh buat bangunan daripada gunung tu. dan alhamdulillah tercapai. negara yang kedua-jiran kepada jordan. saudi arabia. insyaAllah aku akan mengerjakan umrah bulan april nanti. doakan tau dapat umrah yang mabrur. yang ni lagilah aku tak kisah nak berbelanja berapa ribu pun. sebab aku tahu, aku mesti tak akan dapat peluang nak mengerjakan umrah dari malaysia. siapa nak pergi dengan aku? nak tunggu pergi dengan husband. aku pun tak tahu nak pergi bila. and plan ni memang dirancang sejak daru UCSI lagi dengan wahida. cumanya wahida insyaAllah pergi tahun depan. aku pilih untuk pergi tahun ini. aku sangat tak tahan dengan diri aku ni. aku macam dah runsing sangat dengan life ni..dengan pemalasnya aku, dengan suka makannya,,suka tido lambatnya...sedihnya...kalau rasulullah S.A.W masih ada, mesti dia malu nak mengaku aku ni umat dia kan? jadi mungkin dengan pergi melawat ke rumah Allah S.W.T aku akan dapat semangat baru, iman yang berkilat dan istiqamah yang berterusan. apa yang aku dapat pikir...contohnya kalau kita pi jumpa kaunselor or sesapa ja la bila kita ada masalah. and kita pi rumah dia. kita cuba jadi tetamu yang baik dengan harapan dia ada jawapan untuk permasalah kita- lepas tu dia layan kita dengan baik siap bagi sepinggan mee goreng lagi. dia buat kita rasa macam kita tak seorang dalam dunia ni. agak agak masalah yang rumit tadi tu nampak rumit sangat tak lagi? we just need a companion now and i want a companion that will never give HIs back to me. insyAllah.


beautiful isnt it?
   


sebab yang kedua. tunggakan bil elektrik hampir £300++. bernanah air mata aku nak bayar. kalau jumlah tu bahagi lima pun, sorang still kena bayar £50++. ouch.. sakitnya

AND

dah beli tiket ke malaysia. ni satu hal. mahai woooo... tapi tak pa..bila lagi nak berbakti kepada mak ayah abang kakak and bakal anak sedara kalau bukan pada waktu mereka masih hidup lagi kan?

so atas sebab aku kekurang duit sekarang ni
aku tend untuk jadi miserable. biasalah orang susah ni tak kan nak gembira selalu kan. bila aku miserable. aku suka makan. and makanan = duit. waaaaa
sedihnya.. hahaha

cara cara tambah duit

sekarang ni kalau scan otak aku bermacam macam haa aku pikir nak tambah duit. duk pujuk shikin jualnasi lemak laa...lepas tu take note every singe paid research.

lepas tu adalah satu research ni. lumayan gak la... lebih kurang £10 per hour..and research tu makan masa paling sikit 2 minggu.tapi research tu
memerlukan aku untuk aku benarkan diorang buat kat aku macam kat bawah ni . mungkin perlu isthikarah sebelum bagi nama. ngeri la pulak nak biar diorang letakkan magnet besar atas kepala. hilang pulak nama ubat ubat ni ha...

             

Comments

Popular posts from this blog

I used to love methadone dispensing slot

Cara cara melanjutkan pelajaran dalam bidang farmasi diluar negara