mekah al mukarramah

dah 2 hari kaki ini meninggalkan bumi haramain. saat kaki meninggalkan bumi haramain mekah al mukarramah dan bergerak ke madinah al-munawaarah pun dah terasa rindu inikan pula meninggalkan kedua-dua bumi haramain. Allah~ perjalanan umrah dan ziarah yang bermula pada hari jumaat dan berakhir pada hari jummat tu benar benar merupakan manifestasi antara saya dan Allah SWT. benar kata seorang akhi tatkala ada selingan tazkirah atas bas. "setiap apa yang berlaku kat bumi haramain ini adalah perkara perkara yang sering terjadi semasa kita diluar haramaian. cuma antara sedar atau tak ja. bila berada di sini, Allah magnifykan masalah kita tu. jadi ni lah peluang kita untuk mohon doa untuk Allah bagi setiap masalah yang kita hadapi tu". jadi apabila saya encoutered apa apa kesulitan atau cabaran hatta sekecil seperti was was dengan wudhuk pun saya akan berusaha untuk mencari hikmah disebalik perkara yang terjadi. jadi meh saya coretkan antara hikmah hikmah yang mampu lagi saya ingat supaya saya tak akan lupa pengalaman pengalaman di haramain. insyaAllah :)


1. hari ke-2 di mekah saya lebih kepada seorang diri. berjalan ke masjid seorang diri, iktikaf seorang diri, wudhuk seorang diri. tapi bukanlah pilihan awal saya untuk saya berjalan seorang diri cuma mungkin Allah dah takdirkan saya untuk beribadat kepadanya tanpa ada teman di sisi. mungkin di situ DIA mahu saya rasa kebergantungan kepadaNYA. tak mengapa. saya redha dan saya rasa banyak pengalaman pengalaman baru yang dikutip tatkala seorang diri ini. *cuba optimis*

2. tapi tatkala saya berseorang diri ni jugaklah. saya sedar kehadiran teman di sisi tu sangat penting. sebelum ni, saya jenis yang tak suka nak menyusahkan orang lain sangat dengan mengajak mereka untuk temankan saya ke mana mana apabila di UK. tapi ada suatu hari tu, ada ustaz bagi tazkirah. pergi mana mana ni elok berteman. berdua tu lebih baik daripada seorang. kalau seorang tu nak pergi tandas seorang lagi tu boleh tolong jagakan beg. senangkan? dan saya pun rasa tak berapa sedap hati sangat semasa tawaf sorang sorang, hati lebih rasa sayu bila melihat orang lain semua berpasangan. yang lelaki sama lelaki pun berpengangan tangan sambil tawaf tu. jadi saya pun mengambil pendapat ustaz tu, berusaha lah saya untuk mencari teman sepanjang di haramain walaupun kadang kadang agak tak berjaya.  huhu. tapi apabila saat tak berjaya tu Allah hadirkan teman di sisi. macam kak nisa' dari UK tapi orang malaysia. dia pun sorang sorang gak. jadi berkawanlah kami berdua sambil menunggu masuk waktu maghrib. huhu. *alhamdulillah*

3. ada ketika kaki saya terasa lenguh sambil tawaf tu dan terasa macam tak bersemangat nak tawaf. tapi bila terlintas ja dihati saya perasaan malas untuk tawaf tu tiba tiba saya ternampak seorang pak cik yang bongkok sambil memengang tongkat tawaf ditepi saya. huhu..bercucuran air mata ni. saya ini yang muda yang baru umur 22 tahun, boleh berjalan lurus tak payah memerlukan tongkat pun tak larat. macam mana agaknya pakcik tadi. saya lebih menganggap itu cara Allah untuk beri semangat kepada saya. saya kerap terpandang manusia manusia yang kurang sifat daripada saya semasa tawaf: pakcik tak berkaki dan bertongkat dua, wanita tak ada jari, semuanya bersungguh sungguh untuk tawaf keliling baitullah tu. dari situ lah saya kumpul semangat untuk habiskan 7 pusingan keliling baitullah dalam arah melawan jam.

4. tempat yang paling cepat dipenuhi oleh orang ramai adalah di hadapan kaabah dikawasan muslimat. tempat tu memang selalu penuh sebab tu lah tempat yang paling hampir dengan kaabah tambah tambah waktu maghrib. saya yang keseorang ni rasa macam nak ke tandas. tapi waktu maghrib ada lagi dalam sejam. kalau ikut dimasjidil haram. sejam tu dah agak lewat kalau nak dapatkan spot yang best. jadi saya macam tawakkal sajalah nak tinggalkan tempat best yang saya dapat tadi. nak bergerak ke tandas. tapi bila saya bangun jadi dari tempat saya, makcik makcik arab berpurdah hitam sekeliling macam suruh saya duduk di tempat tu jangan pergi mana mana. huhu. saya ni dah lah tak reti nak berbahasa arab. saya pun  jalan ja lah, tapi baru jalan dua tiga langkah mak cik lain pulak menegah saya bergerak ke mana mana. end up saya hanya bergerak beberapa saf ke belakang dan saya terpaksa duduk. tak sampai hati nak melawan cakap mak cik makcik arab yang tua tu depan kaabah. nak cakap nak pergi tandas tak reti. jadi saya anggaplah perasaan nak pergi tandas tu hanyalah was was daripada syaitan supaya saya tak dapat bersolat betul betul dihadapan kaabah. dan disaat saya melabuhkan punggung saya di atas mar mar tu lah. saya berkenalan dengan kak nisa' tadi. dan apabila permaidani dihamparkan. kami berdua ditawarkan untuk duduk di atas permaidani oleh orang arab tadi. bukan itu saja. mak cik arab kat belakang pun hulurkan kacang kacang untuk kami mengalas perut sambil tunggu azan maghrib. *terharu* lepas tu, selesai solat maghrib, makcik arab sebelah kanan saya melarang saya untuk pulang. tapi apakan daya memang saya terpaksa pergi pada malam tu. huhu. tapi sebelum pergi dia menghulurkan secawan teh dan seketul roti kepada saya di hadapan kaabah tadi. nikmat Allah tu sangat besar. *Allahuakabar*


saya rasa setakat ini lah dulu kut beberapa cerita yang mampu saya coretkan. sesungguhnya pengalaman menjadi tetamu Allah sangat sangat tak dapat diucapkan atau diterjemahkan dengan kata kata mahupun tulisan. hanya kata kata tasbih *Allahuakbar*Alhamdulillah*subhanallah* saja yang mampu disebutkan. saya pohon juga doa dari anda supaya saya terus istiqamah menjadi hamba Allah yang taat dan bertaqwa. amin

p/s: pergilah ke haramain untuk ibadah umrah dan haji ketika kamu muda kawan kawan.

Comments

miss zizie said…
will be there, one day. tengah saving ni :)

Popular posts from this blog

I used to love methadone dispensing slot

Cara cara melanjutkan pelajaran dalam bidang farmasi diluar negara