you can find friend in the jungle

assalamualaikum

hari ini ada rasa nak tulis..tulis something yang agak berat sambil ditemani anjing jiran yang tengah lapar. ceh..sejak bila entri aku ni tak berat. jujur aku cakap aku tak reti tulis entri yang happy go lucky.. kalau baca entri aku mesti macam awan mendung ja.. hehe. sebab utamanya aku tulis bila aku rasa lonely..bila aku rasa tak hepi dan bila aku ada masalah. this is one of my to express my feeling and stress...huhu..maklumlah tak dak kucing kat bumi uk ni. tapi bukanlah bermakna hidup aku ni awan berarak sahaja. ada time hepi..cuma jarang aku pegang laptop kalau time aku hepi. hehe.sebab time aku hepi bila aku makan. jadi tangan penuh seyh..cam mana nak pegang laptop :)

korang pernah ada kawan baik?

aku ada. and boleh lah jugak bilang dengan jari. macam mana aku cari kawan? actually tak la aku cari sangat kawan. aku just go with the flow je. kalau Allah takdirkan aku ringankan mulut dan make friend dengan orang tu, terjadilah dia kawan aku. tapi aku perasan aku jarang dapat kawan baik kalau pergi majlis keramaian. kiranya kalau cakap, oh join lah program tu boleh kenal orang sana..orang situ..bagi aku kalau tu lah tujuan aku ke program apa apa ...memang setakat kenal ja laah. and aku tak suka kalau kawan setakat kenal. aku rasa macam akward kalau nak pulak lepas tu kalau jumpa dekat majlis b pulak.

selalunya, kalau dalam ramai ramai. aku akan jadi diam sekali..kalau aku tak kenal sapa sapa lah..then..contoh masa makan. ada orang beratur belakang aku. maybe aku akan make effort untuk cakap dengan dia dulu. tanya dari mana nak kemana..datang dengan siapa..macam tu lah aku buat kawan. aku tak akan kawan dengan semua orang secara tiba tiba. aku lebih kepada aproach sorang sorang. (introvert lah katakan) tapi aku percaya dengan cara ini. bonding yang terjalin antara kau dan kawan kau akan lebih akrab. glued. kau tak akan macam kera sumbing bila jumpa dia lagi kat majlis lain pulak. dia macam ada pertalian hati ke hati. tink ...tink...

dan selalunya bila ada pertalian ini, kau akan kenang kawan kau sambil ke tua. (insyaAllah) aku pernah tanya beberapa orang bagaimana hubungan diorang dengan kawan sekolah rendah dengan kawan sekolah menengah dulu. dan ada yang bagi jawapan. "oh kita jenis yang kawan sekolah menengah sampai kat sekolah menengah ja lah, masuk uni kawan lain pulak"  :) well, aku tak da la kata benda tu bagus, cumanya macam akward sebab dulu kau baik giler then tiba tiba terputus macam tu. rapuhnya bonding. macam tu lah kiranya.

jadi bagi aku once aku anggap kawan. insyaAllah i will try to treasure my relationship. i will try not to backbiting each other, i will try as hard as possible not to be selfish in front of her. i will try not to make her sad.

aku tak tahu orang lain. tapi once aku anggap orang tu kawan baik aku. aku akan jaga.. even orang tu tak berapa nak tahu aku tahap kejagaan aku terhadap dia. tapi yang sedihnya ada orang yang jenis bila dah jumpa orang yang akan jaga dia semacam ni, dia boleh pijak kepala orang tu balik.

haha. dunia. semua orang nak jadi selfish.



alhamdulillah aku ada ramai hati yang nak dijaga lagi. ^.^






Comments

Popular posts from this blog

I used to love methadone dispensing slot

Cara cara melanjutkan pelajaran dalam bidang farmasi diluar negara