Posts

Showing posts from June, 2012

Ramadhan yang manis

Alam itu cantik—gunung dan tasik;
maya terlalu indah—laut dan mega.
Lapar dan dahaga yang mengiktibar
cekal dan bersih suara mengajar:
Lapar kita dahaga yang menguji,
dahaga kita lapar yang mengerti—
ketakwaan penuh terhadap Ilahi.
Puasa—musim manis, bahang menguji,
angin yang santun ke pohon dakwah
bergugus dan sihat buah ibadahnya.
Bulan menyimpan kebijaksanaan,
musim indah di taman Ramadhan,
menyerlahkan kemanusiaan luar biasa,
menginsafi keagungan Maha Kuasa.
Daun yang gugur, tanah yang rekah,
di atas sejadah harum iklimnya;
surah yang jernih dan suara syahdu
terhantar ke lidah dari damai qalbu,
merubah derita ke bahagia diri,
membimbing hidup yang diredai.
Solat malam, zikir doa, tulus sedekah
ibadah ummah, tangkai yang ketiga,
mengagumi Allah Subhanahu Wa Taala.
Langit beradab, kelam dan cerah
datang dan pulangnya iktibar berhemah.
Badik ketika murka, senyum sewaktu mesra,
alam, insan khusyuk menyujud Ilahi
sekiblat dalam tautan kasih yang hakiki.
Lailatul qadar ia pada detik t…

tahniah abangku

" hang tau dak kenapa hang tak ....."
"sebab hang pemalas sangat"

haha. that was what my brother said to me when i was in primary school
teringat lagi dulu aku memang pemalas. ya Allah pemalas teramat. biasalah anak bongsu. semua benda tak suka buat.atau buat separuh kerja mak suruh then lari... sampai sekarang pun aku rasa sifat malas tu antara musuh utama aku jugak lah..tapi tak pe..pelan pelan kita kikis.

tapi at least abang aku yang sorang ni lah yang menyedarkan aku betapa aku ni pemalas sangat. so ada lah rasa oh, kalau pergi rumah orang jangan jadi pemalas macam ni.

dulu time sekolah rendah semua orang(adik beradik yang lain) boleh dikira tinggal di asrama. so aku mak dan abah ja lah kat rumah. kak ila sekolah kat sp. jadi dalam sebulan sekali ja lah dia balik. abang pertama skolah jauh di kl. lagilah jarang balik. hanya abang ke2 lah yang selalu balik sebab dia sekolah di maktab mahmud alor star. tapi rajin rajin dia balik pun. dia dulu musuh utama aku. dia…