tahniah abangku

" hang tau dak kenapa hang tak ....."
"sebab hang pemalas sangat"

haha. that was what my brother said to me when i was in primary school
teringat lagi dulu aku memang pemalas. ya Allah pemalas teramat. biasalah anak bongsu. semua benda tak suka buat.atau buat separuh kerja mak suruh then lari... sampai sekarang pun aku rasa sifat malas tu antara musuh utama aku jugak lah..tapi tak pe..pelan pelan kita kikis.

tapi at least abang aku yang sorang ni lah yang menyedarkan aku betapa aku ni pemalas sangat. so ada lah rasa oh, kalau pergi rumah orang jangan jadi pemalas macam ni.

dulu time sekolah rendah semua orang(adik beradik yang lain) boleh dikira tinggal di asrama. so aku mak dan abah ja lah kat rumah. kak ila sekolah kat sp. jadi dalam sebulan sekali ja lah dia balik. abang pertama skolah jauh di kl. lagilah jarang balik. hanya abang ke2 lah yang selalu balik sebab dia sekolah di maktab mahmud alor star. tapi rajin rajin dia balik pun. dia dulu musuh utama aku. dia sangat garang. ingat lagi tengah ada berita di tv, then dia tengah baca surat khabar. aku tengok mata dia tak tengok tv pun, then aku alih lah siaran. kua2x... kena marah sekali. so kalau kecik kecik dulu. aku selalu lah gaduh dengan dia. pernah aku geram sangat sebab apa dia garang sangat, time dia tengah baca paper sambil meniarap. aku naik atas belakang dia lepas tu aku tarik telinga dia dan tumbuk tumbuk badan dia..then aku terus lari masuk bilik kunci pintu. lawak gila kalau teringat balik.

tapi sejak aku da besar ni, garang abang farid tu entah hilang ke mana. mungkin dulu dia saja buat buat dengan aku. dia boleh jadi orang yang paling easy going sekali dalam rumah tu. suka buat lawak, paling relax sekali. then bila aku dah besar dia antara orang yang aku selalu call kalau aku ada masalah sebab dua orang lagi adik adik beradik aku tu duduk jauh sangat.

ingat lagi time aku kat asrama. sedih sangat dengan perangai kawan aku. nak cerita dekat kawan lain, aku rasa macam malas. nak call mak cerita masalah kawan, aku rasa macam budak budak la pulak cerita hal macam tu. alih alih aku call abang farid. then cerita lah hal aku sedih dengan kawan aku. kalau tak silap pasal hal kerusi meja dan kedudukan dalam kelas ja pun. tapi dia took it seriously. dia tahu adik dia ni manja then kena pujuk sikit dan bagi rasional sikit. then dia bagi aku kata kata semangat.then terus hilang habis perasaan sedih aku tu..

mula dari saat tu lah. aku kalau rasa macam ada masalah tapi macam tak sesuai nak cakap dekat mak abah aku akan call dia or mintak nasihat dia. because he is such a good listener :)

eh jap. kenapa aku cerita pasal abang ni. hehe.

sebab esok dia dah nak kahwin! :)

so aku harap dia akan jadi suami dah ayah yang soleh yang dapat membimbing keluarganya menuju syurga Allah. doa aku buat abang farid semoga setiap langkahmu selepas ni akan lebih terasa nikmat kebahagian. semoga keluarga yang bakal dibina ini akan menjadi asbab untuk kau merasa tenteram di dunia yang pancaroba ni.

tahniah!

Comments

Popular posts from this blog

I used to love methadone dispensing slot

Cara cara melanjutkan pelajaran dalam bidang farmasi diluar negara