lukisan kehidupan part 1

salam ramadhan!

rasa yang datang entah berapa kali tapi rasa ini sangat indah.
kadang kadang kalau tengok balik banyak gila tanda tanda yang Allah nak tunjuk dekat aku yang jalan cerita hidup yang diberikan kepada aku ni memang dilukis khas untuk aku

Tahun 2002 tahun aku amik UPSR..tekanan time tu agak tinggi la jugak sebab ...sebab entah...time tu pressure sebab yang aku tahu aku kena pergi asrama selepas upsr. jadi kena dapat keputusan yang baik. sebab apa kena pergi asrama? sebab abang abang and kakak aku pergi asrama.. boleh tak alasan tu? bodohnya aku rasa dulu.. jadi berusaha lah aku pun sehabis baik. tup tup aku dapat 4A 1B. pergh. asrama penuh memang babai lah jawab nya. jadi aku ni nak pi mana ni...erm..ayah aku kirakan aku masuk ke sekolah menengah kebangsaan agama sik. ayah aku cakap test nak masuk sekolah agama tu aku tak lepas pun. tapi abah suruh kawan dia tolong. entah betul entah tidak. tapi aku memang lah tak reti pun agama dulu.sekarang pun serupa la jugak...

tapi yang semuanya tak tahu...selepas aku dapat result upsr tu, aku pulang agak lambat lah ke rumah. biasa lah result dapat 4A ja, nak balik pun berat lah jugak. ada lah jugak terpikir time tu nak tarik nyawa sendiri. ok bodoh kali yang kedua. tapi akhirnya aku berjaya jugak sampai kerumah dan terus terperuk di dalam bilik. mungkin nyawa aku masih panjang dan Allah pilih aku untuk hidup lagi.

jadi bermulah episod aku kat agama sik. sekolah ni terletak dalam daerah sik, daerah yang aku tak pernah pergi pun seumur hidup aku dan dahlah agak jauh jugak dari rumah..adalah nak dekat 2 jam nak  pergi sekolah tu. alkisahnya dekat situlah aku kenal jubah, stokin kaki, couple tu haram, tudung labuh and etc. etc.

form 4 dapat tawaran ke sekolah berasrama penuh integrasi kubang pasu. wohoo..kali ni dapat tempat ke asrama penuh. pergi lah eh kita pun. Allah pilih lagi aku jejakkan kaki ke sekolah tu. sekolah baru, jadi aku cuba jadi diri aku yang baru sambil mengekalkan ciri ciri kemelayuan yang utuh dalam diri ini. aku cuba jadi as low profile as i could. aku rasa cikgu tak kenal aku langsung. tapi apakan daya ada lah jugak cikgu kenal seorang dua disebabkan aku yang suka tidur time rehat dan sebab aku selalu dapat tinggi jugak untuk markah kimia.

di samping hidup as low profile as i could, kat situlah aku mula kenal islam dengan lebih dekat. kali ni lain sikit. kalau dulu dekat agama sik. semua aktiviti keaagaman aku rasa macam paksaan. dekat integrasi, kita yang kena cari sendiri. nilai agama dekat situ tak sekuat time aku kat agama sik. kat situlah aku mula sedar oh. Allah pilih aku untuk keluar sedikit dari kepompong orang yang baik baik so that aku boleh tersentak sikit dan ada usaha sendiri mengenal Islam.

masih ingat lagi, sebulan nak dekat ke spm. hari hari tak lekang baca yaasin sebelum tidur so that aku dapat stret A. aku minta kepada Allah dan dia granted my prayer.

Alhamdulillah aku dapat stret A. jadi datang tawaran JPA untuk further study ke UK setelah melalui itnerview yang agak tough. tapi time tu memang tawakkal tu letak yang paling utama lah.

tapi tak disangkalah sebelum aku ke UK tu, aku sekali lagi terpilih ke tempat yang islam tu minoriti walaupun di bumi malaysia. dan setelah dua tahun aku menjadi muslim minoriti. mulalah kembara ke bumi UK. bumi yang sebenarnya benarnya minoriti muslim.

TO BE CONTINUED...

Comments

Popular posts from this blog

I used to love methadone dispensing slot

Cara cara melanjutkan pelajaran dalam bidang farmasi diluar negara