obeseeee

Assalamualaikum

hari ni cakap cakap dengan kakak dengan mak. depa semua risau dengan berat badan aku sekarang. actually aku pun risau. tapi risau bila timbang ja la..bila lepas tu..dah tak risau..maybe aku ni tak la jenis yang suka berjalan jalan keluar kenal orang sangat. so macam rasa boleh avoid orang punya first impression or their tought on me.

aku gemuk ka
aku kurus sikit ka

aku malas ambil kisah sangat

tapi bila pulang ke malaysia time summer ni, cuaca berubah. berat badan berlebihan tu terasa sangat la..buat kerja sikit dah tak larat. sakit sana sakit sini. lepas tu tidoq sebab badan dah penat. kalau kat UK, kaki tak terasa sakit sangat walau jalan jauh pun. tapi kat malaysia.. berdiri lama sikit dah rasa menyucuk nycuk kat kaki. rasa sangat tak sihat bila balik ni.

sampai cakap dengan abah. "izzah rasa izah ada penyakit la, awat rasa tak larat sangat ni"- hehe..lepas tu pi makan ubat supplement abah and then tidoq lagi.

tapi hari ni timbang berat. ya Allah terkejutnya..berat paling berat dicatat setakat ni. rasa nak tercabut jantung dah ni. ya Allah mari mula makan dengan cara yang sihat.

aku tak nak diet kelaparan..sebab aku memang tak boleh buat pun tahan tahan lapar. dah la jenis tak boleh nampak makanan depan mata mesti nak makan, ni kan pula nak tahan lapar. pernah tahan pun seminggu tak makan nasi, tapi ganti dengan spagetti berpinggan pinggan. lepas sepinggan habis, goreng lain.

jadi sekarang nak mulakan makan dengan sihat. dan makan dengan lebih kerap dan kuantiti yang sedikit. dan kena rajin bersenam jugak. erm..

harap sangat nanti boleh pergi sembahyang teraweh dan tak pancet bila buat teraweh 20 rakaat.

"Ya Allah, sampaikanlah aku kepada Ramadhan"
tolonglah berat jangan naik dah :(



Comments

Popular posts from this blog

I used to love methadone dispensing slot

Cara cara melanjutkan pelajaran dalam bidang farmasi diluar negara