before i meet winter

Assalamualaikum

i'm going back to uk this friday. huhu [finally]

finally. from 22nd of june 2012 until 28th of september 2012. it's more than 3 months already i have been in malaysia. 3 bulan 6 hari tu banyak sangat benda jadi. besar mahupun kecil. tak nama kehidupan la kan kalau hidup ni statik ja.

dari hari first touch down kat kedah. sambut puasa kat rumah sepenuhnya, pergi solat terawih. mula mula 8 then 20..bilangan yang bagi aku macam impossible untuk aku buat sebelum ni. tapi nak tahu macam mana aku dapat buat? i met this person. and satu ayat dia buat aku tersentak.

" erm..buat 20 la. sekali ja setahun"

nampak macam biasa. tapi bila kita ungkapkan ayat yang betul pada tempat yang betul dan pada masa yang betul..memang menusuk nusuk sampai ke jantung ni ha..and aku hanya start berubah bila aku jumpa ramadhan yang ke-18 rasanya. tapi dalam dalam tu pun, masih duk ting tong lah. otak aku merewang jauh sangat. aku macam ada masalah sebenarnya. aku susah nak fokus. contohnya: aku cadang nak beli ayam ja kat bazaar tapi bila balik dengan kambing, itik, kadang kadan ayam tak beli pun. >.<

sob sob..
tapi alhamdulillah. sekarang ini aku macam dapat rasa. aku boleh dah sikit sikit kawal diri ni. tiap kali teringat  nak buat perkara tak berfaedah. mesti terus teringat.

"izah, tak lama mana pun syok tu"

and terus cepat cepat pikir benda lain. kadang kadang aku rasa kita kena banyak bercakap dengan diri sendiri. aku selalu cakap dengan diri sendiri..macam

"apa kau buat ni izzah?"
"ok izzah, nanti buat macam ni, jangan buat macam tu"

mungkin kerana aku ni right dominated brain. fikiran aku cepat merewang dan menjadi kreatif dengan cara dia sendiri. bahaya gak la aku rasa. lainlah kalau aku amik architecture ka. boleh lah menerewang bagai cari idea idea nak lukis pelan bangunan. ni amik pharmacy. nak menerewang jauh jauh sangat pun agak bermasalah di situ.

eh apa aku tulis ni sebenarnya..

sebenarnya aku nak tulis yang aku susah hati sebenarnya. aku balik lewat ke uk. aku rasa rata rata penduduk cardiff tu dah menjejakkan kat sana. tapi aku hari sabtu ni baru nak sampai sana. kelas start hari isnin. kena pilih partner bagai. kadang kadang pikir. fuhh..takutt jugak. pantasnya masa berlalu.

jadi ya Allah aku mohon ni,

selamatkanlah perjalanan aku yang seorang ni, or at least temukan lah dengan orang orang yang baik dan juahkan lah aku dari bala dan malapetaka.
tetapkan lah hati aku ni ya Allah. tetapkanlah hati aku dijalanMu ni Ya Allah.
ikhlaskan lah niat aku ni nak menuntut ilmu ni, terangkanlah hati aku yang gelap ni,lapangkan dadaku yang sempit ni
dan kau terimalah taubatku yang tak berpenghujung ni
astargfirullahalazim


insan daif
bilik paling kecik dalam rumah ni
26 september 2012
6.19pm

Comments

Popular posts from this blog

I used to love methadone dispensing slot

Cara cara melanjutkan pelajaran dalam bidang farmasi diluar negara