jordan: wadi rum

aku pernah ke JORDAN dan aku rasa kembara aku dan kawan kawan aku ke jordan antara percutian yang paling awesome. thanks mia for the invitation to join you.

selain ke petra. tempat yang paling best kat jordan tu.. ada satu tempat yang sangat cantik aku dan kawan kawan pergi. nama tempat tu wadi rum. wadi rum tu ada satu tempat padang pasir yang hanya berbukit bukau kan pasir semata mata. bayangkan..bukit yang tinggi tu. diperbuat daripada pasir dan batu batu bukit ja. jalan nak pergi wadi rum tu pun hanya boleh masuk dengan four wheel drive ja. tak boleh guna kereta biasa nanti tersekat pasir dalam enjin pulak. hehe.

tapi disebabkan kami daripada petra. kami terlewat lah sampai wadi rum tu. dalam nak dekat maghrib dah lah baru sampai. tapi nak masuk jugak sebab kalau tidak kami tak berpeluang pulak nak masuk wadi rum tu nanti disebabkan jadual yang agak padat.

masuk wadi rum bila matahari sudah menundukkan wajah memang permandangan yang cantik sekali. subhanallah.

nak dijadikan cerita, pakcik tu berhentikan kenderaan 4 wheel drive dia dekat satu bukit batu ni. jadi kami 3 orang perempuan ni pun panjat lah gunung tu dengan sumber cahaya yang sangat terhad. pakai cahaya dari phone ja. punya la gigih nak panjat sampai naik atas dah pak cik tadi kata boleh naik atas. tapi disebabkan salah seorang merasakan bahawa terlalu bahaya untuk kami untuk sampai ke atas macam agak impossible walaupun kami dah naik separuh dah. seriyes time panjat bukit tu memang tak terpikir ular ka kala jengking ka. yang tahu naik atas nak tengok matahari terbenam. semacam ada tarikan graviti dekat atas puncak tu memanggil manggil aku suruh naik. tapi...tak kan lah aku gigih nak naik sorang malam malam tu. jadi bukit batu tu kami tinggalkan..

turun minum teh pudina yang disediakan pak cik tadi. sambil bercakap arab dengan tour guide kami, aku tak paham sangat lah cuma aku tahu lah topik diorang bincang tu pasal zaujah. aishh..lelaki..pergi mana pun cerita pasal perempuan. erk..wait. same goes to women ..

jadi setelah bukit batu kami tinggalkan, pakcik bawak pergi bukit pasir pulak. cis..tengok macam senang nak panjat dari bawah. dan cuba bayangkan sekarang waktu dah maghrib.cahaya rembulan dan bintang sahaja menerangi malam kami. chewahh.. tapi tiga tiga orang bersemangat nak panjat jugak bukit pasir tadi sebab gagal menawan bukit batu tadi. nama pun bukit pasir, so rasa macam senang nak panjat.

tapi alangkah terkejutnya. tak sampai separuh pendakian, kami dah pancit. aku lah tu. tapi naik naik jugak atas atas. nak tidur atas pasir paling tinggi yang tak pernah dipijak kaki siapa pun lagi. alhamdulillah setelah berpenat lelah panjat bukit pasir tu, aku dan mia (wani kat bawah sikit) sampai la jugak dekat dengan puncak dia.

saat tu aku dan mia terkelu. pemandangan sangat indah. berbumbungkan bulan bintang, berpagarkan angin dan bersimpuhkan pasir pasir halus coklat...hanya kalimat subhanallah saya mampu terungkap di bibir aku. rasa nak berumah tangga  di atas bukit pasir tu pun ada jugak. tenang amat.

tapi lamunan kami dibunyi dengan bunyi hon pakcik tadi kat bawah. mahu pulang sudah katanya. haha

jadi kami pun berlari turun dari atas puncak bukit tu. nasib baik tak tertungging terbalik ja. kalau tak habis malu depan pak cik tu.

apa apa pun. aku harap tahun ni, aku dapat lagi ukir memori sebegitu rupa. indah, bermakna dan dekat denganNYA. amin

amik kat sini

Comments

Popular posts from this blog

I used to love methadone dispensing slot

Cara cara melanjutkan pelajaran dalam bidang farmasi diluar negara