andalusia anyone?

aku dah sampai it room. aku memang macam ni, duduk lepak dekat it room library ni, macam macam benda pulak nak dikongsikan.

ok tapi sekarang dah hilang. haha. ok

kejap..

ok memang hilang dah apa yang nak tulis tadi. tapi tak pe lah..kita mulakan topic baru.

actually aku nak balik malaysia winter ni, tapi mak aku macam tak brapa nak bagi...sebab aku nak balik winter adalah.. aku rasa aku tak balik malaysia summer ni. so untuk mengelakkan mak aku rindu sangat kat aku(lebih kpd aku rindu kucing2x) aku rasa nak balik. tapi amat sedih sebab tak dapat green light dari mak

jadi untuk mengelakkan kesedihan yang berpanjangan. aku rasa macam nak bawak diri ke andalusia. tak best ah duk lepak sorang sorang.

tarikh trip. 27 disember-1 january 2013

awesome tak? jom pi!!!

tapi nak ajak sapa. sahabat sahabat dah pergi. mano den nak cari teman pergi jalan jalan ni. ataupun just sign up sorang sorang.

Comments

Popular posts from this blog

I used to love methadone dispensing slot

Cara cara melanjutkan pelajaran dalam bidang farmasi diluar negara