berubah

baru lepas baca blog seorang ukhti ni.

ya Allah..jauhnya dia dari aku. macam panggang dengan api.. solehahnya dia. aku? tiba tiba, terdetik dalam hati aku. bolehkah aku jadi macam dia suatu hari nanti?

kalau tengok tengok balik. Allah memang balas balik apa amal yang dilakukan oleh seseorang tu kan.

tenang je tengok muka dia. haih..dalam blog pun, ber zauj. zaujah. T.T

erm. aku bukan tak nak berubah. aku tengah berubah. hari hari aku nak berubah. aku rasa macam dah malu nak minta ampun dengan Allah atas sebab yang sama. kalau nak disusun nikmat yang Allah bagi sekarang ni, rasa tak tersusun. dan malam malam ni aku macam dapat rasa nyawa aku tak panjang. aku tak tahu kenapa. rasa macam nak mohon sangat sangat Allah ampun semua dosa dosa aku yang dulu sama ada sedar atau tak.

aku rasa aku beruntung sangat sangat sangat, walau banyak kali aku buat dosa yang sama tapi Allah tetap tak tarik semua nikmat nikmat yang dia bagi. dan sekarang aku rasa macam aku masih cukup segalanya. Alhamdulillah.


  • aku ada duit yang cukup untuk belajar kat uk ni
  • aku ada duit nak call mak selalu
  • aku ada kawan kawan sehati sejiwa 
  • aku pernah tengok baitullah depan mata sendiri
  • aku tak pernah lagi fail dalam peperiksaan
  • aku tak pernah kena repeat year lagi
  • aku selalu cukup makanan, sampai tak pernah kena berlapar
  • aku ada katil untuk aku tidur
  • aku masih boleh solat dengan keadaan berdiri
  • aku masih boleh tekan tekan laptop ni lagi dengan jari jari aku
  • and so on
ya Allah, malunya aku nak menghadap Kau sekarang. aku seaakan akan dapat baca yang Kau hadirkan orang yang punya masalah seperti aku untuk aku lihat dan sedar masalah pada diri aku. mungkin aku terlalu buta untuk lihat masalah pada diri aku sebelum ini. tapi sekarang aku sedar.

insyaAllah

aku mahu terus berubah menjadi hambaMu yang baik dan solehah. Kau bantulah aku insan yang sangat lemah ni supaya rajin beribadat kepadaMu, meningkatkan Amal kepadaMU, memohon ampun kepadaMu.  
Amin ya Rabbal Amin ;(

izzah. 25/12/2012

Comments

Popular posts from this blog

I used to love methadone dispensing slot

Cara cara melanjutkan pelajaran dalam bidang farmasi diluar negara