Posts

Showing posts from 2013

My Personality Type: The Dreamy Idealist

jika kau bercinta lagi

Image
ehem

nah layan lagu ni dulu


semua orang perlukan cinta. kut? tak kisah lah nak bercinta dengan kucing ka, bercinta dengan makwe pakwe ke or bercinta dengan tilam dan bantal sahaja ke.

sepanjang aku hidup ni 23 tahun ni, aku rasa susah lah cinta ni. bagi aku lah. terutamanya kalau kau nak bercinta dengan seseorang.

Mula-mula nak bercinta
Time ni ko kena cari orang dulu nak bercinta unless la ko nak bercinta dengan selain daripada orang. aku rasa kalau ko bercinta dengan selain dari orang, proses ni jadi senang sikit. proses ni bagi aku boleh makan masa panjang kalau dengan orang. Agaknya makan tahun la jugak. aku pun konpius dengan diri aku dalam proses ni. Kalau aku, aku nak cari orang yang boleh terima kekurang aku dulu instead of kagum dengan kelebihan aku? ada ke kelebihan mak encik oii.. it's so difficult right because we never show our weakness depan orang (secara sengaja). Tapi bila aku fikir fikir, susah jugak lah ye. kalau kita nak orang boleh terima kekurangan kita tapi ki…

melutut

ada beberapa perkara dalam dunia yang kau tak boleh control.
kau hanya boleh melutut meraih simpati dengan tuhan.
Tuhan yang Maha Besar
Tuhan yang Maha Mengetahui
Lepas kau dah minta
pasti dia akan bagi
sama ada lambat
atau cepat
ataupun bersyarat

menjadi pelajar tahun akhir ni banyak mengajar aku melutut kepadaNYA
aku tak tahu apa aku dah buat 3 tahun lepas
jarang aku melutut
meraih simpati denganNYA
sepenuh hati aku

masih teringat lagi, doa doa yang aku tuturkan masa aku first, second year dulu. Jarang aku titipkan supaya kejayaan dalam pelajaran mengiringi aku.
Sebabnya?
rahsia..

farah izzah :]

sapa nak jadi cikgu english aku?

serabut sekarang

semalam aku dah submit form untuk pilih final year project.

tiba tiba hari ni, aku rasa aku dah buat choice yang silap. (baru dalam usrah semalam kata tak da pilihan yang salah or betul) aku letak pharmacology as my first choice, lepas tu drug delivery lepas tu baru med chem.

pilihan ni semua aku tengok markah aku yang tak berapa elok masa tahun ke-3. so aku dok timbal balik timbal balik, aku rasa aku boleh buat pharmaco kut.

tapi med chem has always been my favourite. cumanya aku takut nak letak tu as my first choice sebab aku takut tak dapat. and then aku pergi letak as my 3rd choice not as my 2nd choice T.T

tetiba aku rasa aku tak confident nak buat projrct dalam benda lain. ni semua sebab aku tak confident langsung dengan english aku and my writing skills. aku work hard giler nak mampus kut untuk dapatkan english aku A1 dalam spm. aku tak reti la english ni. tu la sapa suruh tengok phua chu kang ja dulu. padan muka kau.

aku tak tahu lah. mungkin aku banyak dosa sa…

turki: sebulan pertama disini

sebulan yang pertama agak sukar bagi aku.
ibarat kau baru nak pindah masuk asrama baru...kau kena adapt dengan cepat.

aku sampai sini, aku tak tahu langsung atau bayangkan orang turki tidak tahu berbahasa inggeris.

negara mereka tak pernah dijajah. memang patut lah kan diorang tak belajar bahasa asing. what for?. dan komunikasi adalah medium yang paling penting untuk bagi kau tak homesick. so ko boleh bayangkan lah macam mana homesick nya aku. biasalah. macam orang baru nak masuk asrama.

tapi macam mana aku dulu ambil masa untuk sesuaikan diri dengan kehidupan berasrama begitulah aku bersabar menyesuaikan diri aku dengan baru di negara orang. aku cuba bersabar dan bertahan.

keadaan di asrama yidirim biyazid bagi aku agak selesa. Faktor itu mungkin membantu aku untuk bertahan, cuma pengangkutan yang perlu aku gunakan untuk berulang alik daripada Tandagon ke Yildirim Biyazid bagi aku sangat menguji kesabaran dan ketenangan mental. aku perlu berulang alik dengan menaiki dolmus; sejenis k…

Kenapa Turki?

" You have to be careful whenever you want to cross the road ", kata Onur, pegawai erasmus yang ditugaskan untuk mengambil kami berdua di Asrama Yildirim Beyazid untuk berjumpa dengan Prof. Sibel sambil membawa keretanya menelusuri kotaraya Ankara.
kami difahamkan, pemandu di Ankara jarang sekali akan memberi laluan atau bersimpati kepada pejalan kaki. Pejalan kaki yang harus sentiasa berhati berhati semasa mahu melintas. Jadi apabila setiap kali mahu melintas jalan besar, fuh..fokus aku berada pada tahap tertinggi.
sampai sahaja di Universiti Ankara, kami dibawa masuk berjumpa dengan Prof. Sibel yang sememangnya sedang menunggu kedatangan kami. soalan yang pertama diajukan oleh Prof. Sibel.
" Why do you want to come to Turkey?" 
oh dalam hati, betubi-tubi jawapan aku berikan. Tapi bak kata abah, orang kita tak kenal ni kena tengok dulu. Jadi seperti biasa aku berkira kira jawapan mana paling selamat untuk aku berikan.
"Actually I always want to go to Turkey&q…

tiada lagi melodi buatan manusia

I have made a promise with you kan I want to write more :)

so aku ada dengar lah ceramah ni, yahudi ni nak memusnahkan umat Islam melalui tiga cara. (nak huraian, sila berjumpa aku face to face)

1. muzik
2.sukan
3.makanan

so dalam diri aku ni, aku macam dapat rasakan..betul lah apa ustaz ni cakap...so aku try la untuk kurangkan mendengar muzik dengan sengaja. dengan sengaja bermaksud..aku pi youtube dan dengar lagu. aku clear semua history aku kat youtube so suggested video tak da langsung lagu lagu.

tapi alkisahnya, aku ni bukanlah dengar lagu 24 jam..cuma aku akan search lagu bila aku rasa nak dengar. tapi aku nekad lah jugak. aku tak nak dengar muzik dah hatta nasyid sekalipun. huhu

aku rasa ni dah nak dekat 5 hari dah. aku dapat rasa suatu energy positif dalam badan aku. and bila kawan aku pasang lagu kuat kuat aku rasa lain macam. macam satu badan menggeletar tak selesa.

pelik kan?

sekarang aku dah biasa tak dengar lagu. so aku rasa betul lah apa ustaz tu cakap..alhamdulillah. i …

blogspot jugak

aku dah cuba macam macam writing space kat online..tapi bagi aku paling the best adalah blogspot jugak. hehe. so here I come again. kali ni azam. nak tulis panjang panjang sikit. best jugak bila aku baca balik tulisan aku yang dulu dulu. macam amaze la jugak, macam mana aku boleh tulis macam tu. so untuk bagi kenangan pada diri sendiri, aku berjanji untuk jadi lebih rajin menulis. ok :)

see you soon orenkopi later.

Solah

i think the reason for all the chaotic things happen around me and i am not happy and satisfied with my own life is

I prayed with no proper ethique

astargfirullahalazim T.T

LET ME START AGAIN

another steep step

takıng ıt to another step.

really? kadang kadang aku dah bosan hıdup macam nı. mengejar yang tak pastı.  kadang kadang aku rasa dıa bukanlah yang terbaık tapı kadang aku rasa dıalah yang terbaık,
penat mıkır
tapı aku terfıkır kalau aku lah berada ın hıs\her shoes memang aku tak tahan
tapı dıa ya Allah. kesabaran tahap apa ntah laa aku pun tak tahu
ke aku ja perasan sorang sorang. haha
ya Allah sesungguhnya aku tak sbar nak endkan semua benda nı kau berılah aku kekuatan yang aku tak tahu darı mana akan datangnya selaın darıMu
kau tunjukkahnlah aku jalan

jebeji jamii

10 minutes more to zuhur prayer.

i'm okay now :)

thanks to those yang pray for me. Alhamdulillah.

semalam aku niat nak pergi bukak puasa kat masjid. tapi tak tahu la masjid tu jenis ada orang bukak puasa ke tak. nama masjid tu jebeci jamii. disebabkan tak tahu orang bukak puasa ke tak, jadinya kitaorang siapakanlah bekal bekal makanan. spagetti ja la. lepas tu dalam pukul 8.15pm camtu kitaorang dah ada kat masjid tu.

sampai sampai kat pintu masuk cuak tengok tak da kasut pun. aikk..waktu maghrib camni memang tak da orang langsung ke? tak pa. masuk lah ke dalam. tengok tengok kitaorang dua orang ja dalam masjid tu.

sudah..cam na nak bukak puasa ni? ada orang azan tak?

tapi tiba tiba ada dengar azan. tapi rasanya dari masjid lain. jadilah bermula kisah kitaorang berbuka puasa berbuka dalam masjid yang besar berdua saja. kekeke

lepas tu balik singgah kedai beli ice cream turki. dondurma nama dia. yummeh :)

sakit bila tak jadi seorang pessimistic

I'm here in Ankara.

sorry aku private blog sebelum ni. sorry kat sapa pun tak tahu lah..sebab? nak mulakan hidup baru. bosan asyik tulis blog bila ada benda sedih. but sekarang aku macam tak mampu nak bendung kesedihan aku kat sini. aku kena tulis jugak sebab selalu aku luahkan melalui blog ni ja. maklumlah mak ayah jauh.

summer kali ni aku ambil keputusan untuk tak balik. bukan seminggu dua aku pikir. lama dah aku pikir dari balik malaysia tahun lepas lagi. aku dah azam oh tahun ketiga ni aku tak nak balik lah malaysia but i'm not sure how things are going to work.

but then apparently, aku sign up, join satu program erasmus ni. 3 BULAN KE TURKI TIME SUMMER. it's just like dreams come true. Aku seriyesly tak rasa sangat lah homesick masa kat uk time nak datang turki ni.

aku rasa aku boleh hidup. aku dah bayangkan dah puasa sini raya sini. dan semuanya lah kat sini then going back to UK to start my final year.

tapi bila aku jejak kat sini. aku terkejut. hilang habis bayanga…

resah gelisah malam hari

entah kenapa, aku rasa resah semacam hari ni. macam ada yang tak kena. daripada awal pagi. aku terbangun lambat. lepas tu terkejar kejap ke lecture. sampai tercungap cungap.
lepas tu duduk tepi orang yag tak berapa nak rapat sangat.
then hari aku hari ni start miserable.
:(
sekarang aku kat rumah sahabat, ada qiamulail mendoakan supaya boleh jawab exam minggu depan dan untuk pilihanraya umum lusa ni. supaya Allah memberi yang terbaik buat Malaysia.
niat dah baik tapi hati masih lagi resah. saaat ni saat semua orang melelapkan mata aku masih memegang note dari lecturer. study tapi tak berapa nak aman.
entah masuk atau tidak.
hurm ..hati ni memang pelik. semalam perasaan macam ni belum ada. hari ni berombak pulak. semua benda datang sekaligus. macam macam aku fikir dari petang tadi.
:(
:(


[SPAIN]: hari kedua

Image
keesokkannya.

kami pun bangun dan siap siap terus check out daripada feels hostel tu. dari teruskan perjalanan kami ke destinasi ke dua, iaitu. cordoba. kiranya kami berada di malaga hanya semalam dan untuk tidur dan keesokkan pagi terus ke cordoba. kami ambil bas ke station bus malaga tu.

kenapa ke cordoba dulu?
sebab pada hemat kami, kami nak pergi bahagian paling jauh dulu. kalau tengok peta. cordoba ni tempat yang agak atas la jugak daripada malaga. so kami decide kita pergi jauh dulu. dan nanti akan semakin dekat dekat dan dekat bila nak balik ke airport nanti.

sayur, susu dan merah

dulu masa makan
aku akan asingkan sayur sayur daripada makanan yang nak dimakan.
contoh mak masak nasi goreng or bihun goreng. mulalah asingkan sayur sayur kangkung semua tu ..dan paling pantang taugeh.
kira nampak sayur. terus lah mulakan operasi pengasingan. abah kalau nampak mesti marah. beliau mulalah bercerita itu dan ini. dan terus cakap

'hampa ni makan memilih!'

tapi sekarang, aku makan ja semua sayur. lebih kepada telan ja semua sayur kecuali taugeh. heh

dulu masa kecik, sikit pun tak kan minum air susu.
dan pelik bagaimana orang boleh minum air yang paling tak sedap tu. Ya Allah, kembang tekak bila susu tu mengalir ke dalam mulut
abah pun cakap

'hampa ni minum memilih'

tapi sekarang. pagi pagi minum susu dan cereal. T.T

dan dulu
aku tak akan beli or pegang barang barang berwarna merah. sekarang kalau nak namakan benda yang berwarna merah
mungkin boleh.
yang dah aku beli
jaket, buku catatan, flask air, baju.
 semua ada kaler merah!

dan macam macam perkara lagil…

[SPAIN]: hari pertama

Image
bismillahirrahmanirrah

alhamdulillah..dapatlah meneruskan penulisan aku ni. nak dapat semangat nak tulis balik bukan senang. huhu.

ok back to the main story. nak cerita pasal trip ke spain kan? so kami kat spain dalam 6 hari malam. bergerak 19/01/2013 sampailah ke 24/01/2013.

19/01/2013
aku, madi, dengan aina gerak dari bristol airport, wahida dari belfast terus ke malaga airport. flight wahida awal dalam sejam tu. so dia lepas sana tunggu kitaorang touch down. hihi..

actually, aku excited gak dalam flight, almaklumlah..mengenangkan nak bertemu dengan sahabat sehati sejiwa kat spain. rasa macam tak sabaq la pulak. haha. tapi sebelum naik flight pun, aku dah terasa best dengan trip kali ni, sebab dalam bas nak pergi airport asyik duk sembang ja dengan madi. aina pun sekepala jugak. maklumlah dia dari perlis. so wavelength cakap tu sama jugak. hihi

so apabila touch down dekat malaga airport tu, terus kami cari kelibat wahida. rupanya dia chill ja duk tunggu kami dekat kerusi depan yang …

espanita

Image
16.42

Macam mana boleh nak pergi spain?

sebenarnya idea nak ke spain ni dari aku sendiri. jadi dah cuti winter kali ni tak da exam yang besar ..aku rasa rugi la pulak tak jalan ke mana mana. time ada exam kau sibuk plan nak jalan..time tak da exam bertapa kat rumah? kat mana relevan tu?. then..aku pun menelefon lah wahida. ajak dia pergi spain sebelum dia exam. dia cakap tak boleh lah...exam dia start awal. jadi bila dia dah cakap camtu. aku dah tak boleh bayang dah aku nak ajak siapa lagi teman aku ke spain? huhu. jadi aku mula lah pasrah dan redha dan menrima hakikah bahawasanya AKU AKAN TINGGAL DALAM BILIK SEPANJANG CHRISTMAS BREAK SAMBIL TENGOK SNOW TURUN. tragis tak? then...tiba tiba aku dapat call

" weh, izzah.. exam aku habis 17. hang nak pi jalan mana? jom lah.."

dengan tak readynya.. aku terus berfikir..eh orang dah tanya ni. jom lekas nak pi jalan mana. jadi aku dan wahida..oh lupa nak cakap.orang yang telefon tu wahida.. jadi wahida pun suggest lah...jom lah kita pe…

ferroro rocher

Image
apakah yang lebih menenangkan selain daripada apabila kau bangun pagi dan nampak sebekas ferorro rocher di sebelah kau.



itu aku.

dulu aku pernah cakap thorntons is the most sedap one in this world and i used to hate ferrero rocher before.  aku tak tahu kenapa orang boleh beli coklat tu. dah lah mahal pastu tak sedap. aku rasa sangat pelik. tahap kepelikan aku macam pelik bila makan ais krim time winter.

tapi

hidup ini bukan kita yang pegang. kita tak da kuasa satu pun. bak kata orang ..tak da kebetulan dalam hidup ini. sekarang ferrero rocher dah jadi macam cahaya yang datang dalam masa tengah blackout dalam hidup aku. aku tak pernah menyangka bahawa pandangan aku pada coklat yang dibalut dengan pembalut keeemasan itu berubah 360 degrees sebegitu rupa. kadang kadang aku pun fikir..macam mana sekarang aku boleh suka giler dekat kau tapi dulu aku pandang kau sebelah mata pun tak.

aku berfikir. dan berfikir.

dan aku dapat jawapan.

hati. Allah bolak balikkan. aku selalu bongkak dulu kata …

masam manis dosa

semalam tengah tengah sibuk siapkan trip untuk winter trip kali ini sambil pasang radio

ada seorang pendengar tu bertanyakan soalan

"ustaz macam mana kita nak bagi rasa dosa itu masam masam ja, bukan manis atau masam masam manis?"

and penerangan ustaz tu lebih kurang begini, peringkat awal ini, kita tak nak lakukan dosa bukan kerana dosa tu dah jadi masam kepada kita, tapi hakikatnya dosa itu masih lagi manis. cumanya.. kita lebih takutkan Allah. kita patuh pada perintahNYA. jadi sangat penting untuk kita jauhkan diri daripada sumber yang boleh mengingatkan kita kepada kemanisan dosa dosa itu.

jadi ustaz. terima kasih!

hakikatnya begitu, neraka itu masih dipagari oleh perkara perkara yang manusia suka manakala syurga itu dipagari dengan kepahitan pengorbanan. semoga terus beristiqamah mengerjar hidayahMU. amin