ferroro rocher

apakah yang lebih menenangkan selain daripada apabila kau bangun pagi dan nampak sebekas ferorro rocher di sebelah kau.



itu aku.

dulu aku pernah cakap thorntons is the most sedap one in this world and i used to hate ferrero rocher before.  aku tak tahu kenapa orang boleh beli coklat tu. dah lah mahal pastu tak sedap. aku rasa sangat pelik. tahap kepelikan aku macam pelik bila makan ais krim time winter.

tapi

hidup ini bukan kita yang pegang. kita tak da kuasa satu pun. bak kata orang ..tak da kebetulan dalam hidup ini. sekarang ferrero rocher dah jadi macam cahaya yang datang dalam masa tengah blackout dalam hidup aku. aku tak pernah menyangka bahawa pandangan aku pada coklat yang dibalut dengan pembalut keeemasan itu berubah 360 degrees sebegitu rupa. kadang kadang aku pun fikir..macam mana sekarang aku boleh suka giler dekat kau tapi dulu aku pandang kau sebelah mata pun tak.

aku berfikir. dan berfikir.

dan aku dapat jawapan.

hati. Allah bolak balikkan. aku selalu bongkak dulu kata aku lah orang yang paling setia. aku boleh kawal hati aku. contoh. selama beberapa tahun hanya order air asam bila keluar pergi makan dekat kedai. ok ..itu boleh melambangkan kesetiaan ka? huhu. tapi tu lah yang aku nak sampaikan..hakikatnya. hati jantung otak dan semua anggoto dalam badan kita ini. bukan milik kita. jika sekali Allah bolak balik kan. macam ayat kun faya kun. maka patuhlah dia pada suruhan Allah. kita mana tahu.

oleh itu dalam hidup ini, aku mula belajar. aku tak boleh control semua benda. mungkin suatu masa dulu aku bongkak. aku sombong. aku rasa hidup aku stabil. everything is under my control. sampai aku lupa bahawa ada yang Satu di sana yang sentiasa mengawal segala galanya.

jadi aku. hari ini. mahu ucapkan.

"Ya Allah! Yang Maha Hidup dan Berdiri dengan Sendiri,dengan rahmat-MU,aku bermohon pertolongan-MU,Perbaikilah segala urusanku dan janganlah Engkau biarkan aku bersandar kepada diriku sendiri walaupun hanya sekelip mata"

Comments

Popular posts from this blog

I used to love methadone dispensing slot

Cara cara melanjutkan pelajaran dalam bidang farmasi diluar negara