masam manis dosa

semalam tengah tengah sibuk siapkan trip untuk winter trip kali ini sambil pasang radio

ada seorang pendengar tu bertanyakan soalan

"ustaz macam mana kita nak bagi rasa dosa itu masam masam ja, bukan manis atau masam masam manis?"

and penerangan ustaz tu lebih kurang begini, peringkat awal ini, kita tak nak lakukan dosa bukan kerana dosa tu dah jadi masam kepada kita, tapi hakikatnya dosa itu masih lagi manis. cumanya.. kita lebih takutkan Allah. kita patuh pada perintahNYA. jadi sangat penting untuk kita jauhkan diri daripada sumber yang boleh mengingatkan kita kepada kemanisan dosa dosa itu.

jadi ustaz. terima kasih!

hakikatnya begitu, neraka itu masih dipagari oleh perkara perkara yang manusia suka manakala syurga itu dipagari dengan kepahitan pengorbanan. semoga terus beristiqamah mengerjar hidayahMU. amin


Comments

Popular posts from this blog

I used to love methadone dispensing slot

Cara cara melanjutkan pelajaran dalam bidang farmasi diluar negara