espanita

16.42

Macam mana boleh nak pergi spain?

sebenarnya idea nak ke spain ni dari aku sendiri. jadi dah cuti winter kali ni tak da exam yang besar ..aku rasa rugi la pulak tak jalan ke mana mana. time ada exam kau sibuk plan nak jalan..time tak da exam bertapa kat rumah? kat mana relevan tu?. then..aku pun menelefon lah wahida. ajak dia pergi spain sebelum dia exam. dia cakap tak boleh lah...exam dia start awal. jadi bila dia dah cakap camtu. aku dah tak boleh bayang dah aku nak ajak siapa lagi teman aku ke spain? huhu. jadi aku mula lah pasrah dan redha dan menrima hakikah bahawasanya AKU AKAN TINGGAL DALAM BILIK SEPANJANG CHRISTMAS BREAK SAMBIL TENGOK SNOW TURUN. tragis tak? then...tiba tiba aku dapat call

" weh, izzah.. exam aku habis 17. hang nak pi jalan mana? jom lah.."

dengan tak readynya.. aku terus berfikir..eh orang dah tanya ni. jom lekas nak pi jalan mana. jadi aku dan wahida..oh lupa nak cakap.orang yang telefon tu wahida.. jadi wahida pun suggest lah...jom lah kita pegi spain. hang nak pi kan dulu..aku pun nak pi gak..lepas tu terus bukak laman web ryan air tengok ticket ke spain. dan harganya dalah dalam 50 pounds camtu. woo..ini sudah murah. jadi kami berdua terus tekan buy dan selamat menrima confirmation email. jadinya..dari masa setuju nak pergi spain sampai ke tekan click buy untuk beli ticket..adalah less than 24 hours. lepas tu kami berdua diam. tak berhubung. aku malas nak kacau wahida. dia tengah exam..jadi sambil duk sorang sorang tu. tiba tiba dapat panggilan yang ke-dua.

"betul ke kau nak pergi spain?...bla bla.. bla..(bla dia sangat panjang.hehe).aku nak ikut kau lah"

jadi akhirnya kami berempat berkelana ke spain. cantik kan perancangan Allah. sebab aku memang risau pun nak pergi dua orang ja ngan wahida. ye lah..dah la pergi tempat jauh. 2 orang ja. perempuan pulak tu. Allah kan Maha mendengar. alhamdulillah. x

Rough trip kami

kami plan untuk pergi part andalusia sahaja. andalusia ni bahagian south of spain. tapi tak dalah semua kami cover. kami hanya pergi cordoba, granada, gibraltar dan malaga. persedian sebelum bertolak wajib buat. lepas dah tempah semua hotel hotel dan tiket masuk dekat UK via online. mulalah proses locating the exact places using goole maps. kena amik taxi ka amik bas. maca mana nak pergi hotel ni . macam nak makan. and so on. semua kena plan tau. jadi takda lah. terkejut sampai nanti dan blurr. dan hakikat yang mesti semua orang kena tahu adalah. orang spain jarang jarang yang boleh berhasa inggeris. nanti saya bagitahu sebab dia. jadi kena make sure lah tak kena kejutan bahasa sangat. rasa macam tengah tengok telenovela petang petang. tapi walaupun mereka tak boleh berbahasa inggeris,  (tapi at the first place, kenapa nak kena reti english kalau kita boleh berjaya dalam bahasa ibunda kita sendiri.) orangnya. sangatlah baik.

 ........ to be continued.



pukul 5 petang sudah. mau balik makan lunch. nanti kita sambung. adios!



 




Comments

Popular posts from this blog

I used to love methadone dispensing slot

Cara cara melanjutkan pelajaran dalam bidang farmasi diluar negara