sayur, susu dan merah

dulu masa makan
aku akan asingkan sayur sayur daripada makanan yang nak dimakan.
contoh mak masak nasi goreng or bihun goreng. mulalah asingkan sayur sayur kangkung semua tu ..dan paling pantang taugeh.
kira nampak sayur. terus lah mulakan operasi pengasingan. abah kalau nampak mesti marah. beliau mulalah bercerita itu dan ini. dan terus cakap

'hampa ni makan memilih!'

tapi sekarang, aku makan ja semua sayur. lebih kepada telan ja semua sayur kecuali taugeh. heh

dulu masa kecik, sikit pun tak kan minum air susu.
dan pelik bagaimana orang boleh minum air yang paling tak sedap tu. Ya Allah, kembang tekak bila susu tu mengalir ke dalam mulut
abah pun cakap

'hampa ni minum memilih'

tapi sekarang. pagi pagi minum susu dan cereal. T.T

dan dulu
aku tak akan beli or pegang barang barang berwarna merah. sekarang kalau nak namakan benda yang berwarna merah
mungkin boleh.
yang dah aku beli
jaket, buku catatan, flask air, baju.
 semua ada kaler merah!

dan macam macam perkara lagilah.


lepas tu mulalah aku berteori

AKU SEMAKIN BERUSIA RUPANYA!
23 tahun, tahun ini.

Comments

Popular posts from this blog

I used to love methadone dispensing slot

Cara cara melanjutkan pelajaran dalam bidang farmasi diluar negara