[SPAIN]: hari pertama

bismillahirrahmanirrah

alhamdulillah..dapatlah meneruskan penulisan aku ni. nak dapat semangat nak tulis balik bukan senang. huhu.

ok back to the main story. nak cerita pasal trip ke spain kan? so kami kat spain dalam 6 hari malam. bergerak 19/01/2013 sampailah ke 24/01/2013.

19/01/2013
aku, madi, dengan aina gerak dari bristol airport, wahida dari belfast terus ke malaga airport. flight wahida awal dalam sejam tu. so dia lepas sana tunggu kitaorang touch down. hihi..

actually, aku excited gak dalam flight, almaklumlah..mengenangkan nak bertemu dengan sahabat sehati sejiwa kat spain. rasa macam tak sabaq la pulak. haha. tapi sebelum naik flight pun, aku dah terasa best dengan trip kali ni, sebab dalam bas nak pergi airport asyik duk sembang ja dengan madi. aina pun sekepala jugak. maklumlah dia dari perlis. so wavelength cakap tu sama jugak. hihi

so apabila touch down dekat malaga airport tu, terus kami cari kelibat wahida. rupanya dia chill ja duk tunggu kami dekat kerusi depan yang tempat ambil bag..sambil baca buku..bijak gak dia..tak keluar dulu dari arrival tu..japgi kang susah lah nak cari. so lepas peluk cium salam semua tu. kami pun berjalan lah nak menuju hotel. hotel yang ditempah untuk malam ni adalah Feel hostel, Malaga.

So dari airport tu, ambil bas (boleh ja tanya pakcik pakcik or abang abang kat situ, mana station bas nak ke city). so tunggu kat situ, naik bas menuju ke city centre...cakap kat pakcik bas tu,,nanti dah sampai city centre, bagitahulah kami nak turun. bila dah sampai..kami pun turun lah. tapi air yang tenang jangan disangka tiada buaya. disebabkan pergi tempat baru, macam kita pergi kl, susah kan nak locate hotel eventhough dah macam macam preparation dah dibuat. call receptionist pun macam tak membantu. tak faham sangat dia cakap apa. tanya orang pun diorang tak tahu mana feels hotel tu. lepas tu kami berjalan lah terus...kut2x nampak feels hotel tu kat depan. lepas tu aku dah rasa tak sedap, ish..awat jauh sangat jalan ni, dah la malam pulak tu >.<

aku suh ah berhenti dulu dan bertenang dulu. lepas tu aku duduk duduk..aku ternampak teksi. dan aku suggest supaya kitaorang amik teksi ja daripada tersesat dalam malam yang semakin nak pekat. haha..tapi ya Allah, mak cik teksi tu pun tak tahu hotel kat mana..huhu..

last2x..wahida call receptionist hotel bagi driver tu cakap. mulalah drama mis tres hermana depan kami. lepas naik teksi tu..semua orang dah lega. sebabnya akhirnya at least kita akan sampai di hotel.

sampai lah di hotel.rupanya rupanya hotel tu dekat ja, cuma berada dibelakang bangunan. patutlah tak nampak T.T

tapi sebenarnya itu bukan lah hotel yang kami tempah. actually feels hostel ada dua cawangan. dan yang kami tempah kat tempat lain. disebabkan kami dah malas nak pergi hostel yang lagi satu tu, kami pun discuss la supaya boleh dak kami trasfer ke hotel tu. Alhamdulillah Allah makbulkan permintaan kami.

kami boleh check-in kat hostel tu.

feels hostel malaga ni comfortable. walaupun tempat dia macam dorm. kami dapat bilik yang 4 orang. jadi katil double decker ada 2 dan bilik air kat luar. tapi bilik air tu pun kongsi dengan 2 bilik ja and rasanya time kami pergi bilik lagi satu tak da orang. so sangat comfortable lah jugak. tilam dan bantal empuk terasa sampai hari ni.

harga pun tak sampai 15 euros pun rasanya. berbaloi lah.

ruang depan. counter + tempat makan + tempat online + tempat lepak

bilik untuk 4 orang

breakfast keesokannya

adios. day two bersambung.

Comments

Popular posts from this blog

I used to love methadone dispensing slot

Cara cara melanjutkan pelajaran dalam bidang farmasi diluar negara