Kenapa Turki?

" You have to be careful whenever you want to cross the road ", kata Onur, pegawai erasmus yang ditugaskan untuk mengambil kami berdua di Asrama Yildirim Beyazid untuk berjumpa dengan Prof. Sibel sambil membawa keretanya menelusuri kotaraya Ankara.

kami difahamkan, pemandu di Ankara jarang sekali akan memberi laluan atau bersimpati kepada pejalan kaki. Pejalan kaki yang harus sentiasa berhati berhati semasa mahu melintas. Jadi apabila setiap kali mahu melintas jalan besar, fuh..fokus aku berada pada tahap tertinggi.

sampai sahaja di Universiti Ankara, kami dibawa masuk berjumpa dengan Prof. Sibel yang sememangnya sedang menunggu kedatangan kami. soalan yang pertama diajukan oleh Prof. Sibel.

" Why do you want to come to Turkey?" 

oh dalam hati, betubi-tubi jawapan aku berikan. Tapi bak kata abah, orang kita tak kenal ni kena tengok dulu. Jadi seperti biasa aku berkira kira jawapan mana paling selamat untuk aku berikan.

"Actually I always want to go to Turkey", kaku tak dapat meneruskan ayat seterusnya. Tapi nasib baik prof.Sibel seakan dapat membaca body language kami. Dia terus tanya soalan lain pula.

Jadi disebabkan aku tak dapat memberikan jawapan yang terbaik kepada Prof. Sibel. Aku akan nukilkan jawapan kelas pertama aku di sini. 

Kenapa Turki? 

ermmm. sebab yang pertama adalah. aku tak pernah menjejakkan kaki lagi ke Turki. Jadi untunglahkan kita berjaulah ke tempat kita tak pernah pergi lagi. hehe. Sebab yang kedua, aku fikirkan Ramadhan. Aku kena pilih negara  daripada negara negara Eropah yang lain. Pengalaman aku hidup di negara barat, bumi bertuah United Kingdom telah mengajar aku, makanan halal agak sukar dicari dinegara negara ini.  

Demi untuk keselesaan aku beribadah dibulan Ramadham aku pun memilih Turki. Sebab aku menjangkan, Nah, senanglah aku kesini nanti, negara Islam. Aku bayangkan berbuka setiap hari di masjid, solat teraweh di masjid setiap hari dan macam macam lagilah. (hehe. Tapi tak semua mimpi jadi kenyataan)

Antara pengaruh yang lain, adalah pengaruh Sultan Muhammad Al-Fateh yang telah berjaya membuka kota Konstantinapole. Nak juga aku tengok dengan mata kepala sendiri kehebatan masyarakat Islam atau pemimpin besar Islam membangunkan sesebuah negara walaupun kita tahu Turki adalah negara sekular. 

see you again!





Comments

Popular posts from this blog

I used to love methadone dispensing slot

Cara cara melanjutkan pelajaran dalam bidang farmasi diluar negara