turki: sebulan pertama disini

sebulan yang pertama agak sukar bagi aku.
ibarat kau baru nak pindah masuk asrama baru...kau kena adapt dengan cepat.

aku sampai sini, aku tak tahu langsung atau bayangkan orang turki tidak tahu berbahasa inggeris.

negara mereka tak pernah dijajah. memang patut lah kan diorang tak belajar bahasa asing. what for?. dan komunikasi adalah medium yang paling penting untuk bagi kau tak homesick. so ko boleh bayangkan lah macam mana homesick nya aku. biasalah. macam orang baru nak masuk asrama.

tapi macam mana aku dulu ambil masa untuk sesuaikan diri dengan kehidupan berasrama begitulah aku bersabar menyesuaikan diri aku dengan baru di negara orang. aku cuba bersabar dan bertahan.

keadaan di asrama yidirim biyazid bagi aku agak selesa. Faktor itu mungkin membantu aku untuk bertahan, cuma pengangkutan yang perlu aku gunakan untuk berulang alik daripada Tandagon ke Yildirim Biyazid bagi aku sangat menguji kesabaran dan ketenangan mental. aku perlu berulang alik dengan menaiki dolmus; sejenis kenderaan yang akan hanya bergerak daripada tempat asrama aku pabila penuh dengan penumpang dan berhenti apabila diberitahu. heh!

tapi setiap kali aku pulang tu, aku akan melalui kedai kedai buah. kedai buah ni memang jual pelbagai jenis buah buahan segar. Macam menjerit menjerit ja duit aku nak keluar daripada poket aku ni setiap hari. Buah yang paling aku suka kat Turki adalah buah cherry. kebetulan pula time aku datang ni musim buah cherry. Yummeh~

Sebulan yang pertama aku tak keluar melancong lagi, kehidupan aku berputar di sekitar Ankara, berulang alik ke makmal dan asrama, hujung minggu pula keluar ke shopping complex yang ada. Tapi mujurlah dalam sebulan pertama ni, aku kenal dengan Aaah dan Sophia. Mereka belajar di Ankara. Mereka ibarat kakak yang datang membawa unggun api dalam gelap malam walaupun usia Aah jauh lebih muda dari aku. hehe

dan sebulan di Ankara berlalu dengan hari hari diisi setting di asrama Yildirim Biyazid, Tandogan dan kedai buah.

masuk bulan ke-2 aku berpindah ke asrama Milli Piyago, Cebeci Campus. Disinilah cerita bermula

Comments

Popular posts from this blog

I used to love methadone dispensing slot

Cara cara melanjutkan pelajaran dalam bidang farmasi diluar negara