jika kau bercinta lagi

ehem

nah layan lagu ni dulu


semua orang perlukan cinta. kut? tak kisah lah nak bercinta dengan kucing ka, bercinta dengan makwe pakwe ke or bercinta dengan tilam dan bantal sahaja ke.

sepanjang aku hidup ni 23 tahun ni, aku rasa susah lah cinta ni. bagi aku lah. terutamanya kalau kau nak bercinta dengan seseorang.

Mula-mula nak bercinta
Time ni ko kena cari orang dulu nak bercinta unless la ko nak bercinta dengan selain daripada orang. aku rasa kalau ko bercinta dengan selain dari orang, proses ni jadi senang sikit. proses ni bagi aku boleh makan masa panjang kalau dengan orang. Agaknya makan tahun la jugak. aku pun konpius dengan diri aku dalam proses ni. Kalau aku, aku nak cari orang yang boleh terima kekurang aku dulu instead of kagum dengan kelebihan aku? ada ke kelebihan mak encik oii.. it's so difficult right because we never show our weakness depan orang (secara sengaja). Tapi bila aku fikir fikir, susah jugak lah ye. kalau kita nak orang boleh terima kekurangan kita tapi kita mampu ke nak terima kekurangan pasangan kita tu nanti?

Dulu atas beberapa kejadian berlaku disekeliling aku, aku jadi malephobia? ahaha ada ka phobia tu? i just hate guys other than my family. aku rasa perempuan boleh hidup tanpa lelaki ni. so time sekolah, jarang lah cakap cakap or nak mengedik dengan lelaki tanpa sebab. Kawan aku semua perempuan. kawan baik lah. aku boleh je cakap dengan lelaki but somehow percakapan aku jadi sangat fake or just small talk. Tapi bila aku dah dewasa, ada orang cakap camni kat aku. Rasulullah S.A.W kan lelaki. kenapa nak benci sangat dengan lelaki. But i guess it's too late then. Skill communication aku dengan opposite gender dah tak da. Aku memang tak reti nak berkawan dengan kaum adam ni kecuali lah sorang dua.. Tu pun sebab aku anggap diorang perempuan and berhubung pun banyak melalui online. Boleh lah kita bayang kita tengah cakap dengan kawan perempuan ja. haha. Sorry kawan :)

so proses ni banyak berlaku secara online ja untuk aku. Tapi bukan lah betul betul sangat pun. Kan aku cakap tadi  aku tak da skill sangat la nak cakap dengan lelaki. or tak da confidence. So kadang kadang tu aku suka gak la buat penpal or kawan kawan dunia maya ni. Senang aku nak berlatih so that aku dah asah skill conversation yang natural. Kenapa aku perlu buat camni? nak mencari cinta ke? erm..tak jugak sebenarnya.. Sebenarnya aku lebih nak develop skill aku kerja dengan orang lelaki. nanti dunia perkerjaan mestilah jumpa lelaki jugak kan. paling tak pak guard. haha.

so sekarang after balik kenduri, mak aku dah tanya soalan soalan pelik.

 "DAH ADA ORANG KE?"

pelik ke soalan tu untuk orang umur 23 tahun? Mak, sebenarnya kan mak. esok kalau mak nak suruh izzah kawin pun izzah dah ready. Rasa macam membuang masa ja mencari mencari ni mak. Sebab sebenarnya izzah tak tau pun benda apa yang izzah cari or izzah tengah mencari ke? your daughter is so hopeless.

Kita nak bila orang tak nak, orang nak bila kita tak berapa nak~

dan mak, jawapan yang izzah bagi tu tak tahu lah betul ke idak. hehe. i'm so sorry ^.^



Comments

Popular posts from this blog

I used to love methadone dispensing slot

Cara cara melanjutkan pelajaran dalam bidang farmasi diluar negara