keep calm and graduate. (yeay)

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

I just graduated


Sebenarnya agak awkward nak nukilkan something yang gembira dalam blog post ni. Panjangnya jangka waktu dari entry sebelum ni dengan entri yang ni mengambarkan hidup aku alhamdulillah. gembira gembira sahaja. Tapi disebabkan aku bergelar penganggur sekarang ni, jadi aku ada banyak masa. :)

dan hari graduasi ada cerita menarik jugak untuk dikongsi. So aku try kongsikan yang mana aku rasa sesuai untuk dikongsi.

Permulaannya..

Mak abah aku datang waktu graduation ni, Tetiba mak aku bawak keluar 2 baju graduation untuk aku. Jadi aku yang jenis dilemma sikit dalam bab memilih ni, rambang mata dah lah nak pilih baju mana satu aku nak pakai. hehe. Alkisahnya 2-2 baju aku pakai. 

Jadi Cardiff University ni pelik sikit. Aku boleh amik jubah graduation aku pagi tu ja. Aku punya resepsi pukul 4.30 petang. Time bila pulak lah aku nak pi photoshoot. keh3x. Jadi aku decide untuk pakai baju pertama time pergi amik jubah pagi tu lepas tu pergi photoshoot sikit sikit. Sebab aku bajet nanti akan peluh peluh, tak kan nak pakai baju yang sama dari pagi sampai petang.

Sampai sampai kat city hall (tempat amik baju), aku pun beratur lah pergi amik jubah. Dapatlah jubah aku.Tapi bila pakai pakai jubah tu, kawan aku Amanda tegur

"Farah, you pakai jubah salah lah, This is supposed to be white not blue". T___T


Aku pun apa lagi, gelabah lah pergi tukar jubah. Tapi bila aku pergi tukar, dia hanya tukar yang one piece kat atas tu ja..(yang letak kat bahu) aku pun tak tahu benda apa yang dia panggil benda tu. Bila aku turun kat depan padang tu, jumpa lagi housemate aku yang lain. Diorang cakap jubah aku pelik sikit dari pada jubah diorang. So aku pi la tukar jubah aku pulak. Konklusinya, dua kali aku naik turun tangga city hall pi tukar jubah aku. T____T

Dah dua kali naik turun tangga, aku pun penat. Tapi aku amik gambaq la jugak.

Tadaa...

Cantik tak bergaya dengan jubah yang salah? hehe. Pakai topi pun terbalik :(

Muka konfiden tapi topi still terbalik lagi

Dengan abah yang sakit kaki. Time ni topi dah perbetoi :)


Lepas lepas semua tu, ayah aku dah tak larat. Jadi aku balik rumah, rehat. Aku dah book photoshoot untuk family pukul 2. hehe. Time ni la, aku tukar baju, pakai baju konvo yang betul. 

Tadaaaa! Terima kasih budak medic, bagi flower. Adalah jugak bunga bunga macam graduate kat malaysia.


terima kasih semua datang :D

with my two little pumpkins!

pumpkin nak amik gambar jugak :D


Selepas amik gambar semua tu, tibalah masa untuk graduasi aku pukul 4.30 petang. Disebabkan pagi aku sangat hectic (kes tukar baju jubah), aku dalam hall tu sangat mengantuk. Tapi aku cuba untuk tak tidur la sebab..weyyy graduation ko kut. Ni lah saat yang ditunggu tunggu selama 24 tahun.

Tapi Allah ja la yang tahu macam mana mengantuknya aku, tahan mata tak bagi pejam. 

Sebenarnya, menarik juga lah cara grad Cardiff Uni ni, dia tak bagi sijil pun. Hehehe, salam tangan dengan vice chancellor lepas tu duduk. Lepas satu batch habis salam, vice chancellor akan baca something dalam bahasa welsh lepas tu tundukkn kepala. Aku rasa masa time dia baca jampi dalam welsh tu macam aku tengah graduate dari Hogwart. Haha

ni contohnya




Terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan untuk mak aku. yes MAK! Tanpa doa mak, aku rasa aku tak sampai tahap ni, Lepas tu doa dan kata kata semangat or push yang ayah aku bagi. Walaupun kadang kadang aku rasa sangat pressure dengan ayah aku. Tapi disebabkan pressure tu lah aku belajar. Lepas tu semua housemate aku. Tanpa korang, hari hari aku kat Cardiff tak semeriah mana. JPA semestinya, kalau duit tak da, aku tak berpeluang lah merasa spagetti dan cheese. Akhir sekali, semua cikgu-cikgu, usrahmate, kawan kawan dan kenalan kenalan, librarian, pakcik printing, lidl, mama kebab, chicken cottage, cardiff bay dan poundlands. 

This one is for you!

WE MADE IT GUYS!




Comments

Popular posts from this blog

I used to love methadone dispensing slot

Cara cara melanjutkan pelajaran dalam bidang farmasi diluar negara