Cara cara melanjutkan pelajaran dalam bidang farmasi diluar negara

Assalamualaikum

Tajuk panjang tak ingat...
tapi disebabkan rakan aku...kata dia telah merefer blog aku untuk sesapa nak sambung farmasi diluar negara...aku tuliskan lah juga sikit sikit sebab aku tengok traffic banyak mai dari blog dia..tapi blog aku rasanya tak penah cerita gi pasai bab ni.. ..macam mana aku mampu sambung belajar di UK amik farmasi dengan biasiswa kerajaan..nak harapkan duit mak ayah..aku orangnya biasa biasa aja...alhamdulillah

So adik adik (tukar mood sket)..jemputlah baca...tak faham boleh tanya....

Scholarship

Time akak dulu, pelajar hanya boleh pilih salah satu scholarship (scholar) antara JPA dan mara sahaja..Jadi klo dah pilih JPA tak boleh pilih MARA...Jadi dah aik kita nak futher study oversea in pharmacy..wajib la kita pilih jpa sebab mara xda hantar pharmacy ke oversea..

Farmasi

Bila dah choose..dekat borang tu ada bidang apa..jadi cepat cepat tick pharmacist ok. Kenapa farmasi? Boleh nak listkan panjang panjang...tapi antara sebab yg boleh kuatkan firasat korg nj smbung dalam bidang farmasi adalah
-akak sukeee kima ( suka yg tahap kalo dapat 70+ akan sedih)
-akak xsukeee physics
-akak sukeee math
-sensitiviti akak sangat tinggi..tak sesuai langsung nk jadi doktor

Temuduga

after dah hntar borang tu..korang tunggu lah..kalau berjaya alhamdulillah ..akan dipanggil temuduga...temuduga ni penting...dan nasihat akak..sebelum pegi temuduga jpa ni..pi la cuba nasib untuk temuduga yang lain..macam petronas ka..cikgu ka...or scholar scholar lain...untuk pengetahuan korang....temuduga jpa ni adalah temuduga yang 2nd akak pegi...1st : petronas (teruk gila..sebab tak da pengalaman..tak confiden) 2nd: JPA (tau dah sket camna nak yakinkan diri) 3rd: cikgu ke oversea ( over-confident la pulak)

Resultnya..petronas..gagal...JPA berjaya ..cikgu..berjaya second intake dapat (dah la dapat cikgu physics, haruslah aku tolak)...so hadirkanlah diri ke temuduga temuduga mana mana pun...so tau dah lenggok temuduga ni...Kalau temuduga JPA..dia ada group n individu..tapi disebabkan akak diinteview hari ke4 temuduga...penemuduga tu pun dah malas nak buat group discussion kot..dia buat tanya individual saja..which is sangat best untuk orang introvert cam akak ni...

Tips hadir interview

Fail untuk sijil penting susun
Susun ikot yang paling tinggi dulu (kebangsaan>negeri>daerah>sekolah)
Pakai baju kemas dan cantik
Minta restu penjaga kita
Sampai sampai tu jangan gabra sangat...chilex dan yakin dan tawakkal
Masuk dengan senyuman
Eye contact
duduk apabila diizinkan
Jawab soalan sambil pandang mata
Jawab dengan concise..ada titik..ada comma..ada kata penghubung...
Bila ditanya ada soalan..mesti jawab ada....dan rekalah soalan yang relevan

Soalan ditanya semasa temuduga biasiswa jpa (yang masih ingat)

1. Perkenalkan diri
2.  Kenapa nak pilih farmasi
3. Universiti mana nak pergi kat UK tu
4. Sijil spm kata amik arab..cakap arab sikit
5. Apa yang boleh dibuat untuk meningkatkan rasa patriotik dalam kalangan masyarakat dengan profesion anda

Itulah antara soalan yang masih ingat...Last skali...akak doakan semua orang berjaya....ok sampai sini dulu 😆

Adios

Comments

Pha Is said…
hahaha... banyak ke trafic masuk? dah la blog aku sekarang dah x aktif mcm dulu...
oren said…
banyaklah..semua dari budakpening.com..kesian pulak aku mai mai sini tak dak apa2x..hihi

Popular posts from this blog

I used to love methadone dispensing slot