Posts

Showing posts from May, 2017

Ali dan seketul gula gula

Image
Puan, saya selalu rasa nak muntah minum methadone ni. Kenapa ya?

'Ah, dia ni dos tinggi sangat 105mg macam mana tak rasa nak termuntah' - getus hati kecil aku

Oh memang la, awak makan apa apa tak sebelum datang minum methadone ni?

Tak Puan...

Sebelum awak datang minum, pastikan awak makan la apa apa dulu. Atau pun awak minum susu, sebab kesan methadone ini memang akan buat perut awak loya sikit.

Sejak haritu, setiap hari dia datang bersama seketul gula-gula, sengaja dia buka kertas bungkusan gula gula depan meja aku untuk diambil selepas meminum dosnya secara perlahan lahan.