Posts

Showing posts from March, 2018

Cik, anak saya ada datang tak harini?

" Nama apa? " " Azli Cik." " Ok, duduk "
Entah kenapa terasa ramai hari ni klien methadone, padahal ini bukan kali pertama aku menggantikan tugas rakan sekerja ku untuk tugasan ini. 
Tugas mendispen methadone kepada klien. 
Rakan ku, Amir. Pegawai Methadone cuti seminggu katanya mahu pergi ke India bercuti honeymoon.
Sesi pendispensan methadone kepada pesakit berlaku biasa dalam waktu yang ditetapkan. Cumanya kali ini aku rasa lain sikit apabila mendispen methadone kepada klien yang satu itu. Azli.
Selepas mendispen methadone, jadual biasa pegawai farmasi di klinik aku akan ke meja kaunter pendispensan ubat untuk pesakit luar. Sedang rancak aku mendispen ubat kepada pesakit. Seorang wanita  bertudung labuh berusia lingkungan 50 an datang ke kaunter pendispensan ubat sambil memegang buku pengenalan methadone.
'Tak pernah nampak pun mak cik ni, kenapa dia pegang buku yang ada nama Azli tu', getus hati kecil ku.
" Cik, mak cik nak tanya. Anak m…