Cik, anak saya ada datang tak harini?

" Nama apa? "
" Azli Cik."
" Ok, duduk "

Entah kenapa terasa ramai hari ni klien methadone, padahal ini bukan kali pertama aku menggantikan tugas rakan sekerja ku untuk tugasan ini. 

Tugas mendispen methadone kepada klien. 

Rakan ku, Amir. Pegawai Methadone cuti seminggu katanya mahu pergi ke India bercuti honeymoon.

Sesi pendispensan methadone kepada pesakit berlaku biasa dalam waktu yang ditetapkan. Cumanya kali ini aku rasa lain sikit apabila mendispen methadone kepada klien yang satu itu. Azli.

Selepas mendispen methadone, jadual biasa pegawai farmasi di klinik aku akan ke meja kaunter pendispensan ubat untuk pesakit luar. Sedang rancak aku mendispen ubat kepada pesakit. Seorang wanita  bertudung labuh berusia lingkungan 50 an datang ke kaunter pendispensan ubat sambil memegang buku pengenalan methadone.

'Tak pernah nampak pun mak cik ni, kenapa dia pegang buku yang ada nama Azli tu', getus hati kecil ku.

" Cik, mak cik nak tanya. Anak mak cik ada datang tak harini. Dia selalu mai minum methadone tiap tiap hari ".

Ah sudah. ini isu confidentiality ni . Mana boleh aku nak bagitahu pasal klien aku. Monolog aku dalam hati. Tapi hati kecil aku ni entah kenapa tersentuh melihat mak cik ini. 

" Puan, boleh saya tahu apa kaitan puan denga klien saya dan kenapa puan nak tahu dia ada datang minum atau tidak?  "

" Anak saya tu seminggu sudah tak pulang ke rumah. Mak cik ada marah dia haritu. Susah hati jugak mak cik. Tadi mak cik tunggu dia. Mak cik nampak dia minum lepastu dia terus meluru keluar naik motor. Mak cik kejar, tapi tak larat nak kejar, mak cik tak kuat nak lari. " 

Mak Azli cerita sambil air mata bergelinagan jatuh di depan aku...

Itulah ibu, mak, mama atau ummi.

Sebesar mana pun kesalahan anak dia, tetap sayang dan tetap besedia untuk memaafkan. Teringat kata kata ustaz

' Kasih sayang Allah lebih besar dari kasih sayang seorang ibu kepada anaknya ' .

Comments

Pha Is said…
lepas tu hg buat apa?hahaha
Hans said…
apa jadi lepas tu?
oren said…
Pha is & hans, cerita tu tak dak sambungan..hehe
oren said…
haha...hi wahida

Popular posts from this blog

Ali dan seketul gula gula

Cara cara melanjutkan pelajaran dalam bidang farmasi diluar negara